Erra Fazira Lebih Selesa Pegang Watak Ringan

Diterbitkan: Isnin, 16 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra Fazira lebih selesa memegang watak ringan dalam sesebuah drama atau filem.
Erra Fazira lebih selesa memegang watak ringan dalam sesebuah drama atau filem.

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Erra Fazira mengakui lebih selesa memegang watak ringan dalam sesebuah drama atau filem dibintanginya.

Erra, 36, berkata, menerusi peranan-peranan itu, dia dapat mengurangkan rasa tertekan ketika berada di set penggambaran selain dapat mempelbagaikan wataknya sebagai pelakon.

"Sebelum ini sudah banyak watak berat-berat yang saya bawa dan ia sebenarnya amat memenatkan dan sudah tiba masanya saya menumpukan pula kepada peranan yang lebih ringan terutama menerusi drama bersiri atau telefilem.

"Memang benar watak berat seperti penjahat atau wanita yang mempunyai masalah mental dilihat sebagai peranan mencabar tetapi ia kadang-kadang menyekat diri kita.

"Berlainan dengan peranan ringan, saya belajar bahawa ia dapat membantu diri saya mengembangkan kebolehan berlakon selain tidak begitu tertekan di lokasi walaupun ada cabaran-cabaran lain," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Erra, itu tidak bererti dia tidak akan menerima pelawaan untuk membawa watak berat sebaliknya memberitahu hanya akan melakukan beberapa tawaran sebegitu dalam setahun.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia tidak pernah terfikir dengan membawa watak ringan akan merendahkan martabat dirinya sebagai seorang pelakon sebaliknya berasakan ia adalah satu proses pembelajaran buat dirinya.

Ujar Erra, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai pelakon yang hebat walaupun telah hampir 20 tahun bergelar pelakon.

"Gelaran primadona atau apa sahaja bukan dibuat oleh saya sebaliknya diberi oleh orang dan saya tidak dapat menghalangnya. Tetapi sebagai seorang pelakon saya melihat masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

"Jadi tiada masalah untuk saya menerima apa sahaja watak kerana ia adalah proses pembelajaran buat diri saya," katanya.

Sementara itu, dilihat lebih banyak berlakon dalam drama berbanding filem, Erra memberitahu dirinya tidak kisah jika dianggap begitu kerana pada tahap ini dia tidak perlu lagi membuktikan diri kepada masyarakat.

Sebaliknya kata Erra, dia seronok dengan apa yang dilakukan selain melunaskan tanggungjawab dan amanah yang diletakkan dibahunya.

"Berlakon dalam drama juga banyak cabaran yang mungkin orang tidak tahu dan sebab itu saya kata banyak perkara saya dapat belajar apabila berlakon drama bersiri atau telefilem," katanya.

Dalam perkembangan lain, Erra sedang berada di lokasi penggambaran drama bersiri 15 epidod, Mana Hilangnya Juwita? di samping Datrin Umi Aida dan Lisa Surihani.

Tidak ketinggalan, penampilan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Diana Johor, Rizal Hamzah dan Raja Ilya. Ia mula bersiaran 9 Julai ini, jam 10 malam di saluran Astro Ria.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan