'Best In The World 2' Papar Keunikan Masakan Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Razif Hashim
Razif Hashim

PETALING JAYA: Program Best In The World, rancangan bercorak dokumentari hiburan yang memaparkan makanan-makanan lazat di Malaysia bakal bersiaran untuk musim kedua.

Masih lagi mengekalkan pengacaranya Razif Hashim, sebanyak 13 episod akan disiarkan.

Menurut Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Zainul, Razif akan membawa anda mengembara untuk merasai keenakan makanan-makanan di Malaysia.

"Malaysia merupakan sebuah negara yang cukup unik yang terdiri dari berbilang bangsa, adat dan agama dan tidak hairan mempunyai pelbagai jenis masakan yang lazat.

"bermula darupada masakan Melayu sehingga ke masakan India, setiap hidangan mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi bahan dan rempah-ratus yang digunakan. Tidak hairan salah satu sebab ramai pelancong gemar ke Malaysia kerana keenakan makanan pelbagai rasa di negara kita," katanya.

Tambah Airin, Best In The World 2 juga memaparkan tiga episod khas iaitu ‘World Flavours’, ‘People’s Choice’ dan ‘Raya Special’ yang pastinya memaparkan makanan yang cukup enak.

Pada musim pertama, Best In The World telah menjelajah ke empat buah negeri untuk mencari keunikan dalam pelbagai hidangan yang enak dan tahun ini kru produksi melangkah dengan lebih luas untuk mencari masakan paling lazat untuk tatapan penonton.

Best In The World musim pada kali ini akan menemui khalayak setiap Rabu pukul 9.30 malam bermula 11 Julai menerusi saluran 8TV.

Untuk info terkini sila layari laman sesawang www.8tv.com.my/bitw2 atau ikuti kami di #bitw2.

Saluran 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Kini anda juga boleh menonton rancangan 8TV kegemaran anda menerusi ‘Catch Up’ di www.tonton.com.my atau ikuti kami di www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan