Aishah Sinclair Ke London Untuk Olimpik 2012

Diterbitkan: Ahad, 15 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aishah Sinclair
Aishah Sinclair

PETALING JAYA: Bersempena dengan penganjuran sukan Olimpik 2012 yang bakal bermula 27 Julai hingga 12 Ogos depan, pengacara popular Aishah Sinclair akan ke London bagi menghadiri majlis buka puasa yang dikendalikan Dutch Lady Malaysia khas buat para atlet Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Rangkaian Televisyen dan Alt Media, Media Prima Berhad, Shareen Ooi, pemilihan Aishah menyertai para atlit berbuka puasa bersama-sama adalah sebagai tanda sokongannya terhadap mereka yang akan berdepan dengan perlawanan sukan masing-masing.

"Bukan mudah untuk seseorang atlit memberi fokus yang baik pada perlawanan sukan masing-masing ketika di bulan puasa.

"Mereka memerlukan tenaga yang banyak dan perlu bijak menangani emosi diri. Kehadiran Aishah sedikit sebanyak pasti akan memeriahkan mahlis buka puasa tersebut," katanya.

Majlis berbuka puas itu dikendalikan oleh Dutch Lady Malaysia khas dengan kerjasama pihak Media Prima Berhad.

Selain Aishah, tiga pemenang bertuah juga akan memeriahkan majlis tersebut dan meyaksikan temasya sukan itu setelah dipilih memenangi peraduan Chief Official Correspondent

Mereka adalah Nur Ain Tay Chui Chui dan Adam Aliff Tay Rozaki (Kuala Lumpur), Nurbaiti Mohd Zin dan Yzmeen Saniah Zainuddin (fKuala Lumpur), serta Nurulainy Mohd Noor dan Nurul Deena Ellysha (Pulau Pinang).

Pemenang dipilih melalui video selama 30 saat yang dihantar tentang mengapakah mereka harus dipilih sebagai wartawan rasmi atau Chief Official Correspondent.

Peraduan Chief Official Correspondent adalah salah satu diantara pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan di bawah inisiatif Olimpik Media Prima Berhad, “Impian Emas Negara” yang dilancarkan semenjak Mei lalu.

Inisiatif ini bakal membawa harapan tertinggi negara dalam menggapai pingat emas Olimpik pertama selain memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan sokongan mereka kepada kontinjen kebangsaan di temasya sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos.

Sementara itu, variasi rancangan televisyen, dokumentari dan berita terkini akan disiarkan melalui ntv7, 8TV, TV3, dan TV9 secara serentak bermula bulan Julai ini bagi membuka laluan kepada temasya sukan Olimpik itu.

Informasi dan laporan terkini mengenai para atlet dan jumlah kutipan pingat acara sukan itu pastinya bakal menjadi bahan bicara hangat buat peminat sukan Malaysia ketika musim Olimpik nanti.

Oleh itu, Media Prima akan memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk mendapatkan sebarang laporan atau isu menarik dengan membawakan mereka pelbagai edisi berita melalui kesemua rangkaiannya termasuklah 7 edition, Edisi 7, Mandarin 7, 8TV Mandarin News, 8TV Midday Mandarin News, Buletin Utama (TV3) dan Berita TV9.

Jika itu masih tidak mencukupi, ntv7 bakal menyiarkan edisi berita padat untuk memenuhi keinginan para peminat sukan.

“Golden Dream” merupakan pakej berita padat dan komprehensif yang disiarkan selama 5 minit akan dibawakan kepada anda oleh pasukan berita ntv7 setiap hari Isnin hingga Ahad pada jam 9.25 malam hingga 9.30 malam bermula 27 Julai.

“Gold Rush” pula merupakan slot pengisi selama 1 minit yang juga bersiaran melalui ntv7 setiap Isnin hingga Ahad dua kali sehari pada pukul 10.00 pagi dan 7.30 malam bermula 8 Julai nanti.

Menerusi rancangan ini, penonton bakal melihat segala persediaan yang dijalankan, lokasi stadium, kota penganjur, mereka yang terlibat dan tentu sekali sukan yang dipertandingkan dan para atlet sehingga acara sebenar Olimpik London 2012 berlangsung.

Bagi mereka yang ingin mendalami dan mengetahui lebih lanjut mengenai temasya sukan itu, mereka bolehlah menonton beberapa rancangan dokumentari menarik yang telah disediakan.

“Spirit of London” yang bersiaran di ntv7 setiap hari Ahad jam 8.30 malam – 9.30 malam bermula 8 Julai merupakan dokumentari yang bakal mencakupi soal pembangunan dan persediaan acara sukan itu pada setiap minggu.

Siri dokumentari 10 episod itu akan memaparkan kisah pelbagai jenis sukan yang bakal dipertandingkan di London termasuklah sejarah penganjuran, peraturan permainan dan maklumat mengenai atlet-atlet terbabit.

Sementara itu, “Host City London” merupakan dokumentari mengenai kajian yang melibatkan tuan rumah temasya sukan itu di samping meraikan kehidupan kota di London dan memaparkan aktiviti kebudayaan mereka.

Siri sepanjang 10 episod ini akan ke udara di ntv7 bermula 12 Julai setiap hari Khamis pada jam 7.30 malam – 8.00 malam.

Media Prima juga bakal menyemarakkan lagi semangat kesukanan anda melalui rancangan temubualnya termasuklah The Breakfast Show, Bella, dan All About Sports; 8TV Quickie, 8TV Nite Live, 8 e-news dan Celebrity Chat; Malaysia Hari Ini (MHI), Scoreboard dan Nasi Lemak Kopi O.

Rancangan Variasi dan Hiburan di 8TV juga tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi musim sukan ini melalui rancangan 8 Style, Ho Chak! Move It and A Date with Lu Yu bakal mempunyai kandungan istimewa untuk para penonton.

Untuk maklumat lanjut mengenai Chief Official Correspondent dan inisiatif Impian Emas Negara, sila layari www.impianemasnegara.com.my.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan