Jackie Chan Derma RM615,000 Kepada Mangsa Banjir Thailand

Diterbitkan: Sabtu, 14 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jackie Chan
Jackie Chan

SEBAGAI tanda prihatin terhadap golongan miskin, pelakon Jackie Chan telah menderma sebanyak RM615,000 ($125 pounds) kepada mangsa-mangsa banjir di Thailand.

Menurut laporan Daily Express, bintang Hong Kong yang juga duta muhibah UNICEF (Tabung Kanak-kanak Bangsa-bangsa Bersatu) itu pernah melawat beberapa rumah kebajikan, tempat mangsa-mangsa banjir ditempatkan pada sekitar tahun 2011 dan awal tahun ini.

Pelakon tersebut telah menawarkan untuk membantu mangsa-mangsa tersebut menerusi Jackie Chan Charitable Foundation setelah melihat beberapa penempatan yang hancur dan ingin memulihkan semula kawasan yang berkenaan.

Jackie yang berkongsi beberapa gambar di Internet berkata dia sanggup membantu golongan yang susah kerana dia juga pernah mengalami masalah hidup yang sama pada zaman kanak-kanak.

"Saya dibesarkan dalam keadaan yang sangat miskin dan perlu bekerja keras untuk mendapatkan sesuap nasi.

"Sekarang ini, saya mempunyai wang dan akan berkongsi dengan golongan yang susah," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan