TV3 Sajikan Tema Keinsafan Sempena Ramadan

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan artis yang terlibat dalam pelbagai program Ramadan di TV3. - Foto ART CHEN
Antara barisan artis yang terlibat dalam pelbagai program Ramadan di TV3. - Foto ART CHEN

PETALING JAYA: TV3 tampil dengan pendekatan terbaharu sempena kedatangan Ramadan bermula 21 Julai depan menerusi program-program yang lebih menekankan tema kerohanian dan keinsafan.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 Sherina Nordin, pengisian yang bertemakan Raikan Ramadan dipilih bagi merayakan kesucian bulan mulia ini bersama penonton setia stesen terbabit.

“Bersempena Ramadan pada tahun ini kami tampilkan program-program yang lebih menekankan unsur-unsur kerohanian dan ketuhanan.

“Kebiasaannya kita sering memartabatkan musim perayaan khususnya Aidilfitri saja tetapi pada tahun ini kita mahu mengimbanginya dengan merayakan Ramadan juga,” katanya.

Sherina berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran kempen Raikan Ramadan di Mutiara Damansara di sini, petang Khamis.

Katanya, selain program-program lazim dengan TV3 seperti Jejak Rasul dan Singgah Sahur, TV3 turut mempertaruhkan program-program terbaru seperti Qari Junior dan Akustika Ramadan serta dua drama bersiri berjudul 7 Ramadan dan Mentua vs Mentua sepanjang Ramadan ini.

Katanya, program realiti sebanyak 20 episod, Qari Junior yang diperkenalkan buat julung kalinya menggilap bakat kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun dalam mengalunkan bacaan Al-Quran, manakala Akustika Ramadan pula adalah hiburan santai kerohanian sebanyak empat episod.

“Empat program ini iaitu Qari Junior, Akustika Ramadan serta dua drama bersiri 7 Ramadan dan Mentua vs Mentua adalah pengisian yang kami pertaruhkan untuk Ramadan kali ini.

“Bagaimanapun, kita masih mengekalkan program-program signatur TV3 seperti Jejak Rasul dan Singgah Sahur kepada penonton. Semua program yang disediakan adalah bertujuan memperbesarkan Ramadan,” katanya.

Program-program menarik Ramadan yang akan disiarkan adalah seperti berikut:

Mentua vs Mentua (Drama bersiri, 4 episod, setiap Ahad, pukul 6 - 6.30 petang mulai 22 Julai)

Akustika Ramadan (Konsert, 4 episod, setiap Selasa, pukul 11 - 12 tengah malam mulai 24 Julai)

7 Ramadan (Drama bersiri slot Samarinda, 13 episod, setiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 - 11 malam, setiap Khamis pukul 9.30 - 10 malam mulai 19 Julai)

Singgah Sahur (Majalah TV, 8 episod, setiap Sabtu & Ahad, pukul 12.35 tengah malam mulai 21 Julai)

Bazaar Ramadan (Majalah, 4 episod, setiap Ahad, pukul 5 - 5.30 petang mulai 22 Julai)

5 Rencah 5 Rasa (Masakan, 4 episod, setiap Isnin, pukul 11.30 - 12 tengah hari mulai 23 Julai)

Jejak Rasul (Dokumentari, 13 episod, setiap Ahad - Jumaat, pukul 6.30 - 7 malam mulai 21 Julai)

Kias Ramadan musim kedua (Mini drama, 4 episod, setiap Rabu, pukul 11 - 11.30 malam mulai 25 Julai)

Iktibar musim kedua (Majalah TV, 4 episod, setiap Rabu, pukul 11.30 - 12 tengah malam mulai 25 Julai)

Solusi (Bual bicara, 4 episod, setiap Sabtu, pukul 6 - 6.30 petang mulai 21 Julai)

Insaf (Bual bicara, 4 episod, setiap Khamis, pukul 5.30 - 6 petang mulai 26 Julai)

Bayar Tunai (Dokumentari, 4 episod, setiap Jumaat, pukul 6 - 6.30 petang mulai 27 Julai)

Kalamullah (Majalah TV, setiap hari, Versi 30 minit pukul 6 pagi mulai 21 Julai/ Versi 5 minit setiap hari pukul 8.55 pagi, Isnin - Khamis 2.55 petang)

Madrasah (Pengembaraan, 4 episod, setiap Selasa, pukul 6 - 6.30 petang mulai 24 Julai)

Qari Junior (Realiti, 20 episod, setiap Isnin - Jumaat, pukul 9 - 10 pagi mulai 23 Julai)

Empat telefilem untuk slot Cerekarama (Sabtu, 10 malam) adalah berikut:

Lorong Cahaya (21 Julai), Maafkan Aku (28 Julai), Jidin Puasa Lagi (4 Ogos) dan Pengawal Hatiku (11 Ogos)

iklan

Video

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Kolumnis

iklan

Iklan