Sofia Vergara & Nick Loeb Bertunang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sofia Vergara dan Nick Loeb - Foto hollywoodlife.com
Sofia Vergara dan Nick Loeb - Foto hollywoodlife.com

AKTRES seksi, Sofea Vergara telah mengikat tali pertunangan dengan Nick Loeb Selasa lalu.

Majlis pertunangan itu diadakan pada sambutan hari lahirnya yang ke 40 di Mexico.

Menurut laporan contactmusic.com, pasangan itu kembali bersama selepas memutuskan hubungan pada May lalu.

"Sofia dan Nick mempunyai hubungan yang sangat pelik. Sekejap putus cinta dan tak lama selepas itu mereka kembali bersama.

"Pergaduhan mereka sangat teruk apabila mempunyai masalah, tetapi mereka masih lagi boleh berbaik semula," kata sumber.

Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu selepas bertemu pada majlis Anugerah Golden Globes 2010.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan