Patuh Dua Syarat Jika Mahu Anita Baharom Berlakon

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anita di samping suaminya Ismadi dan dua anak mereka Dhia Iskandar dan Dhia Nurina.
Anita di samping suaminya Ismadi dan dua anak mereka Dhia Iskandar dan Dhia Nurina.

KUALA LUMPUR: Pelakon Anita Baharom berkata dia perlu menetapkan dua syarat sebelum menerima sebarang tawaran berlakon pada masa akan datang demi anak keduanya Mohamad Dhia Iskandar yang baru berusia setahun.

Anita, 28, berkata, dia hanya akan menerima sesebuah tawaran jika ibunya mempunyai masa terluang untuk menjaga kanak-kanak berkenaan ketika menjalani penggambaran atau dibenarkan oleh pihak produksi untuk membawa anak ke lokasi.

“Saya terpaksa tetapkan dua syarat ini iaitu saya akan terima tawaran jika ibu sanggup datang ke rumah untuk menjaga Iskandar ketika saya menjalani penggambaran atau jika saya dibenarkan membawa anak ke lokasi.

“Saya harap tiada pihak yang salah faham dengan dua syarat tersebut kerana saya terpaksa utamakan anak kerana dia masih kecil. Saya sudah serik untuk mempunyai pembantu rumah dan tidak yakin kepada pengasuh di luar. Hanya ibu saya yang memahami sepenuhnya kerenah anak saya,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Anita turut mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Syifa Dhia Nurina, 5, hasil perkahwinannya dengan penerbit program dalaman Astro, Mohd Ismadi Ismail.

Anita yang kembali aktif berlakon sejak dua bulan lalu berkata, dia masih kekok berada di lokasi penggambaran selepas setahun lebih berehat kerana melahirkan anak keduanya itu.

“Kalau hendak tahu, saya sibuk di lokasi penggambaran selama dua bulan lepas untuk dua drama bersiri iaitu Keluarga Iskandar dan Geng Surau musim kedua. Saya akui agak kekok dan terpinga-pinga sikit untuk berlakon selepas bercuti panjang.

“Kedua-dua komitmen itu sudah selesai dan sekarang saya terpaksa berehat di rumah dulu untuk menjaga Iskandar kerana ibu sudah pulang ke kampung. Lagipun, sudah dua bulan saya bekerja tanpa henti biarlah saya berehat seketika,” katanya.

Anita berkata, bagaimanapun dia tetap berharap akan menerima satu atau dua tawaran lakonan pada bulan Ramadan nanti bagi mengisi masanya.

“Walaupun saya mahu berehat buat masa ini, saya tetap berharap akan ada satu atau dua tawaran lakonan bagi telefilem. Sekurang-kurangnya dapat juga selit-selitkan pada Ramadan nanti.

“Namun, apa-apa pun saya kena berbincang dengan ibu dan meminta dia datang semula ke rumah sebelum saya bersetuju untuk menerima sebarang tawaran,” katanya.

Lakonan terbaru Anita kini disiarkan dalam drama bersiri Keluarga Iskandar pada setiap Selasa pukul 10 malam di Astro Prima (saluran 105).

Dia juga akan muncul dalam musim terbaru siri Geng Surau bermula 16 Julai ini pada pukul 6.30 petang di Astro Oasis (saluran 106).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan