Gabungan Ahmad Idham & Yusof Haslam Hasilkan Filem Lebih Hebat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusof Haslam
Yusof Haslam

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam menyifatkan pembikinan sesebuah filem menerusi gabungan dua syarikat produksi mampu mengembangkan lagi kreativiti sesebuah karya itu.

Yusof yang merupakan penerbit Skop Productions berkata, memandangkan industri perfileman tempatan mula dilambakkan dengan pelbagai karya filem, gabungan antara dua syarikat produksi juga mampu menguatkan lagi idea dan kualiti filem yang dihasilkan.

"Sekarang ini, industri perfileman kita semakin maju dan kita boleh lihat sendiri di mana sebanyak dua filem tempatan ditayangkan setiap minggu.

"Ini menunjukkan kita perlu bersaing secara sihat dan saya percaya, apabila dua buah syarikat bergabung, idea daripada kedua-dua belah pihak juga lebih luas.

"Maka hasil sesebuah filem itu pastinya akan lebih kreatif dan berkualiti tinggi," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Gangster Celop di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), di sini, Khamis.

Filem tersebut diterbitkan oleh dua syarikat penerbitan filem popular iaitu Skop Production dan Excellent Pictures.

Dalam pada itu, penerbit Excellent Pictures, Ahmad Idham Ahmad Nadzri selaku pengarah Gangster Celop berkata, gabungan dua syarikat bagi filem berkenaan mampu mencetuskan fenomena baru apabila ia mampu mengukuhkan lagi pasaran perfileman Melayu.

"Saya harap lebih ramai lagi syarikat produksi tempatan bergabung setiap kali menerbitkan sesebuah filem.

"Selain dapat hasil kualiti yang lebih bagus, gabungan dua syarikat juga dapat mengelakkan kerugian yang teruk sekiranya tiada sambutan bagi filem yang diterbitkan," ujarnya.

Sementara itu, Gangster Celop yang bernilai RM1.7 juta itu dibarisi pelakon Syamsul Yusof, Kamal Adli, Hanis Zalikha, Azad Jazmin dan Reen Rahim.

Penggambaran filem tersebut telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur dan Melaka selama 30 hari bermula Sabtu lalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan