Lisa Surihani Anggap Urus Niaga Dalam Talian Beri Manfaat

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ho Kay Tat (dari kiri), Lisa Surihani dan Leslie Fong ketika pelancaran 701pages.com di Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.
Ho Kay Tat (dari kiri), Lisa Surihani dan Leslie Fong ketika pelancaran 701pages.com di Westin Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Pelakon Lisa Surihani menganggap kewujudan laman web yang memperkenalkan urus niaga dalam talian telah memberi banyak manfaat kepada orang ramai selain membolehkan semua pihak mendapatkan maklumat dengan mudah.

Lisa berkata, sebagai selebriti, medium Internet adalah menjadi keutamaan untuk beliau meneliti apa juga produk yang diingini sebelum membuat keputusan untuk memilikinya.

“Saya menggemari barangan kosmetik dan tentu sekali saya akan melayari laman-laman web tertentu untuk mengetahui mengenai sesuatu produk itu. Pada saya, cara itu lebih memudahkan dan menjimatkan masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada mStar Online selepas pelancaran panduan perniagaan dalam talian yang dikenali sebagai 701pages.com di Hotel Westin di sini, Khamis.

701pages.com adalah portal yang memberi kemudahan membeli belah dalam talian yang turut menyediakan ruang pengiklanan kepada semua pihak yang ingin mengiklankan produk masing-masing.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Star Publications (M) Berhad Ho Kay Tat dan Pengerusi 701pages.com, Leslie Fong.

Lisa berkata, dengan adanya portal seperti itu, ia membolehkan orang ramai mendapat apa juga maklumat lebih awal dan tepat seperti tempat melancong, makanan yang ingin dicari serta keperluan lain.

“Dalam banyak perkara kita memerlukan sesuatu informasi itu di hujung jari. Saya percaya pengenalan 701pages.com ini mampu menjadi platform kepada bidang pemasaran dalam talian ini untuk berkembang pesat,” katanya.

Sementara itu Pengurus Besar 701 Panduan Sdn Bhd, Lee Siang Teck berkata, 701pages.com berjaya mencatatkan kadar trafik sebanyak 1.4 juta pelayar sejak diperkenalkan.

Ia merupakan laman web nombor satu dalam enjin pencarian Internet di negara ini yang turut menyediakan maklumat berguna mengenai pelancongan, makanan, kecantikan dan banyak lagi.

“Selain berkait rapat terhadap dunia pengiklanan, 701pages.com ini juga turut mempunyai stor dalam talian yang boleh diikuti di mystore.com.my dan portal diskaun iaitu superdeals.my yang sememangnya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai,” katanya.

701pages.com turut menyediakan kemas kini mengenai produk yang diiklankan melalui Twitter dan Facebook iaitu http://twitter.com/701pages dan http://www.facebook.com/701pages.

Untuk maklumat lanjut mengenai portal ini boleh juga melayari http://www.701pages.com

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan