Lily Allen Hamil Anak Kedua

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lily Allen.
Lily Allen.

USIA anak pertama penyanyi Lily Allen masih belum mencapai setahun namun isteri kepada Sam Cooper ini dilaporkan sedang hamil anak keduanya.

Majalah The Mirror melaporkan Lily berkemungkinan bakal melahirkan anak tersebut pada Disember depan.

Perut penyanyi itu juga kelihatan besar semasa bersiar-siar bersama keluarganya baru-baru ini - sekaligus menguatkan lagi khabar angin tersebut.

Bagaimanapun tiada sebarang pengesahan dibuat oleh penyanyi lagi Friday Night itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan