Fitri (BRTM 2012) Akui Dapat Tawaran Daripada KRU

Diterbitkan: Khamis, 12 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fitri mendapat tempat kedua dalam pertandingan Bintang RTM 2012 yang berlangsung pada malam Ahad lalu.
Fitri mendapat tempat kedua dalam pertandingan Bintang RTM 2012 yang berlangsung pada malam Ahad lalu.

PETALING JAYA: Naib juara program Bintang RTM 2012 (BRTM), Fitri Hakim Omar Walid atau Fitri mengakui mendapat tawaran daripada KRU Records untuk bernaung di bawah syarikat rakaman itu selepas selesai pertandingan tersebut.

Fitri, 19, bagaimanapun berkata, tawaran itu hanya dibuat secara lisan oleh pihak KRU kepadanya baru-baru ini dan menjelaskan tidak mahu terlalu berharap selagi belum benar-benar berlaku.

"Tawaran itu dibuat baru-baru ini ketika saya masih lagi di dalam pertandingan BRTM 2012 tetapi ia hanya secara lisan dan belum ada hitam putih mengenai perkara itu," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Fitri, dia bersedia bernaung dibawah label itu untuk melonjakkan namanya dalam bidang nyanyian sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan memenuhi keperluan kedua-dua belah pihak.

"Bagaimanapun jika mereka serius saya bersedia untuk melihat terlebih dahulu syarat-syarat yang ditetapkan supaya kerjaya nyanyian saya terjamin.

"Peluang untuk bernaung di bawah KRU sangat besar kerana mereka amat terkenal dengan penghasilan produk-produk yang bagus," ujarnya.

Dalam pada itu, Fitri menyangkal dakwaan kononnya tawaran itu dibuat hanya kerana wajah comelnya sebagai pelaris untuk menarik minat peminat.

Fitir berkata, dia yakin tawaran itu dibuat kerana penilaian pihak tersebut terhadap bakatnya sebagai penyanyi.

Mengulas mengenai kemenangannya sebagai naib juara BRTM, Fitri berkata, dia langsung tidak menyangka untuk mendapat gelaran itu kerana persaingan amat hebat di antara enam peserta yang bertanding.

Sudah pun muncul dengan single pertama berjudul Cinta Bukan Pelangi ciptaan Jari dan Suri Liu, Fitri memberitahu dia berharap peminat akan menyukai lagu tersebut dan ia akan dimainkan di semua stesen radio di negara ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan