Sasha (Elite) Enggan Dedah Punca Bercerai

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sasha tenang selepas selesai kes penceraiannya dengan bekas suami, Salyo.
Sasha tenang selepas selesai kes penceraiannya dengan bekas suami, Salyo.

KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin enggan mendedahkan punca sebenar masalah rumah tangganya dengan bekas suami, Salyo Priyanto sehingga menyebabkan kepada penceraian.

Sasha berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik.

"Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai.

"Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Shasha, atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka.

"Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai," katanya lagi.

Pada Selasa, Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Sasha dan Salyo dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia tidak pernah menyesali dengan apa yang terjadi dalam perkahwinannya kerana ia dibina berdasarkan kasih sayang dan tumpuannya kini diberikan kepada anak tunggal mereka iaitu, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.

Sasha berkata, dia dan bekas suaminya telah sepakat untuk menolak ke tepi masalah mereka berdua dan akan kekal sebagai sahabat demi masa depan anak mereka.

"Kami menyayangi anak kami lebih dari segala-galanya dan dia tidak sesekali akan diabaikan kerana masalah yang menimpa kami berdua.

"Hubungan saya dengan keluarga bekas mertua juga masih kekal baik dan sentiasa menganggap mereka sebagai keluarga saya malah mereka akan datang ke Kuala Lumpur minggu hadapan untuk bertemu dengan kami," kata Sasha lagi.

Sasha turut menjelaskan, keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui masalah yang berlaku antara mereka sejak awal tahun dan sering memberikan nasihat kepada mereka.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan masa depannya, Sasha menjelaskan dia akan memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya selain mengikuti program-program keagamaan bersama ibunya.

"Alhamdulillah saya banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti keagamaan dan sebagai ibu tunggal saya perlu bekerja kuat untuk memastikan nasib anak tunggal saya terjamin," katanya.

Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 di Jakarta, Indonesia.

Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Sasha. Sebelum itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London.

Mereka berpisah empat tahun kemudian.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan