Pelakon 'Lawrence of Arabia' Peter O'Toole Umum Persaraan

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peter O'Toole mengumumkan persaraannya dari
dunia lakonan pada usia 79 tahun.
Peter O'Toole mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan pada usia 79 tahun.

LOS ANGELES: Pelakon Irish, Peter O'Toole atau lebih dikenali kerana membawa watak "Lawrence of Arabia," mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan pada usia 79 tahun.

Beliau akan mencecah usia 80 tahun bulan depan.

“Sudah tiba masanya untuk saya mengumumkan persaraan sepenuhnya dari dunia lakonan...saya tidak ada hati lagi untuk terus berlakon sama ada di layar perak mahupun di atas pentas,” kata O'Toole dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, menjadi pelakon profesional sepenuh masa telah membawa kemahsyuran, tuntutan emosi dan juga kemewahan hidup kepadanya.

Dunia lakonan juga, kata O'Toole telah memperkenalkannya kepada begitu ramai orang dan juga erti kejayaan dan kegagalan.

"Bagaimanapun, adalah menjadi kepercayaan saya, seseorang itu perlu menentukan sendiri bilakah perjalanan kariernya patut berakhir.

"Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada kerjaya yang membawa kemahsyuran kepada diri dan juga hidup saya,” kata O'Toole lagi.

O'Toole yang bermata biru dilahirkan sebagai Peter Seamus Lorcan O'Toole dan dibesarkan di Utara England.

Selepas menamatkan alam persekolahan, O'Toole kemudiannya bekerja sebagai wartawan untuk Tentera Laut Diraja Britain.

Hanya selepas itu beliau menerjunkan diri dalam dunia lakonan dengan menyertai the Royal Academy of Dramatic Art.

Antara rakan sekelasnya termasuklah aktor British Albert Finney, Alan Bates dan Richard Harris.

O'Toole mencipta nama pada tahun 1962 apabila dia ditawarkan watak T.E. Lawrence dalam filem "Lawrence of Arabia".

Filem ini mengisahkan riwayat hidup pegawai luar British T.E. Lawrence yang menyatukan puak-puak badawi Arab bangun menentang penaklukan Turki.

Tetapi filem tersebut lebih dikenang kerana wajah O'Toole berpakaian Arab saling tidak tumpah sepertimana watak sebenarnya iaitu T.E. Lawrence.

Kerjaya O'Toole sedikit terjejas pada tahun-tahun 1970-an apabila beliau didapati mengidap kanser perut yang disumbang oleh tabiat mengambil minuman keras yang keterlaluan.

Akibat daripada ancaman kepada nyawanya itu, O'Toole tidak lagi mengambil minuman keras selepas pulih sepenuhnya.

Sepanjang kariernya juga, O'Toole telah menerima lapan pencalonan Oskar termasuklah untuk filem "Caligula" pada tahun 1979 dan "The Last Emperor" (1987).

Bagaimanapun pada tahun 2003, pihak Akademik telah memberikan Anugerah Terhormat Oskar kepadanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan