Ernie Chen Rasa Terhina Penggiat Senior Pertikai 'Orang Baru'

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ernie Chen membuktikan kesungguhan Outloud Studios pada penerbitan dan pemasaran produk mereka. - Foto oleh MUHAMAD ZUL HAFIZ BAHRIN
Ernie Chen membuktikan kesungguhan Outloud Studios pada penerbitan dan pemasaran produk mereka. - Foto oleh MUHAMAD ZUL HAFIZ BAHRIN

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit eksekutif filem Suatu Malam Kubur Berasap, Ernie Chen berasa terhina kerana segelintir penggiat filem senior menganggap karyawan baru hanya mahu mengambil kesempatan dalam bidang seni.

Pemilik nama sebenar Ernie Chen Kok Weng, 39, ini berkata, kenyataan sedemikian dirasakan kurang bersesuaian kerana tidak semua penggiat baru menceburi industri ini dengan niat yang salah atau mengejar populariti semata-mata.

“Saya berasa terhina dan kesal dengan kenyataan kononnya penggiat seni baru tiada ilmu dan berkepentingan peribadi apabila menceburi bidang seni.

“Saya dan syarikat produksi Outloud Studios menceburi bidang ini bukan untuk main-main. Saya cintakan pembikinan filem dan drama dan gembira dengan apa yang kami lakukan ini,” katanya kepada mStar Online.

Chen berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan dikeluarkan segelintir penggiat filem senior yang menganggap penggiat baru hanya mahu mengaut keuntungan dan populariti tanpa ilmu pembikinan filem yang mendalam.

Dia ditemui pada pelancaran empat telefilem terbaru iaitu Ego dan Nasi Yong Lemak Tau Fu untuk Ramadan serta Meriahnya Raya dan Esok Raya Beb (Aidilfitri) terbitan syarikatnya, Outloud Studios Sdn Bhd di Damansara Perdana di sini, Selasa.

Chen berkata, sebagai penerbit yang baru dua tahun berkecimpung dalam pembikinan filem tempatan, dia menghormati pandangan penggiat senior itu kerana setiap individu berhak untuk menyuarakan pendapat masing-masing berhubung sesuatu perkara.

“Saya hormati pendapat sesiapa pun tetapi saya juga mahu jelaskan kewujudan Outloud Studios dalam industri bukan untuk suka-suka. Kami ada visi dan strategi perniagaan yang tersusun.

“Kami tidak tangkap muat pada penerbitan dan pemasaran produk kami. Lihat saja pada komitmen kami menerbit dan memasarkan dua filem terdahulu iaitu Suatu Malam Kubur Berasap dan Jidin Sengal yang terbukti berjaya meraih kutipan pecah panggung,” katanya.

Mengenai penerbitan empat telefilem yang bakal disiarkan di RTM pada bulan puasa dan Hari Raya nanti, Chen berkata, pihaknya cenderung untuk mengetengahkan genre komedi sebagai hiburan kepada penonton kerana percaya ia dekat dengan selera masyarakat.

“Genre komedi dekat dengan jiwa kami dan digemari masyarakat kita. Sebelum empat telefilem ini, kami pernah menerbitkan Payung Emas untuk slot Cerekarama di TV3.

“Apabila RTM memberikan peluang ini, kami mahu membuktikan kesungguhan kami dalam penghasilan produk-produk yang baik dan menghiburkan,” katanya.

Telefilem Ego dan Nasi Yong Lemak Tau Fu diarahkan Mohd Azhar Khalid (Apache), manakala pengarah Jidin Sengal iaitu Esmi Zahara menerajui Meriahnya Raya dan Esok Raya Beb.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan