Dr Ezani Tidak Mahu Anggap Dirinya Selebriti

Diterbitkan: Rabu, 11 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezani Farhana
Ezani Farhana

KUALA LUMPUR: Juara MasterChef Malaysia musim pertama, Dr Ezani Farhana Md Monoto tidak menganggap dirinya seorang selebriti kerana dia lebih selesa menjalani kehidupan yang ringkas dan bersederhana.

Ezani, 26, berkata, status selebriti yang digalasnya sejak tujuh bulan lalu tidak membawa perubahan besar atau drastik kerana dia memilih untuk tidak terlalu menonjol atau popular secara tergesa-gesa.

“Saya memilih untuk menjalani kehidupan yang ringkas dan sederhana. Publisiti dan glamor bukan sesuatu yang saya cari. Secara kebetulan, selepas memenangi pertandingan MasterChef Malaysia, sekaligus saya menjadi selebriti.

“Sebab itu saya tidak mahu terlalu menonjol atau mencari populariti dengan terburu-buru. Biarlah semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Namun, graduan pergigian dariUniversiti Adelaide, Australia ini berkata, itu tidak bermakna dia mahu mempersia-siakan kepercayaan dan peluang yang diberikan pihak Astro sepanjang mengikat kontrak pengurusan bakat dengan organisasi itu selama tiga tahun ini.

“Saya bersyukur dengan pelbagai peluang yang saya terima. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan ceburi yang menyeronokkan.

“Cuma saya masih kekok dan tidak tahu untuk menonjolkan diri kepada khalayak. Bagi saya, biar ia berlaku dengan sendiri menerusi kerja yang saya lakukan,” katanya.

Mengenai perkembangan kerjaya, Ezani berkata dia kini aktif bergelar hos di samping Noor Laila Aniza dan Amie Sofia bagi program bual bicara Soal Wanita pada setiap malam Sabtu pukul 8.30 malam di TV AlHijrah.

“Saya bersyukur dengan peluang dan pendedahan saya perolehi daripada tugas pengacaraan Soal Wanita. Ia sebuah program bual bicara yang membuka mata dan menambahkan ilmu kepada saya.

“Saya akui banyak lagi kekurangan dalam aspek pengacaraan tetapi saya mencuba untuk menyahut cabaran itu,” katanya.

Terbaru, Ezani akan muncul sebagai pengacara program berbentuk kembara masakan berjudul Ezani & Wahidan Balik Kampung untuk siaran pada Ramadan nanti.

Program sebanyak 13 episod itu akan disiarkan bermula 21 Julai ini pada setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di Astro Prima (saluran 105).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan