Rita-Aidil Dinasihatkan Bincang Masalah Rumah Tangga Secara Baik

Diterbitkan: Selasa, 10 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rita dan peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain keluar dari perkarangan mahkamah pada petang Isnin. Foto AZLINA ABDULLAH.
Rita dan peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain keluar dari perkarangan mahkamah pada petang Isnin. Foto AZLINA ABDULLAH.

SHAH ALAM: Pelakon Rita Rudaini dan suaminya, pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Aidil Zafuan Abd. Radzak dinasihatkan oleh Mahkamah Syariah Daerah Petaling di sini untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapi mereka.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad berkata, pasangan itu sewajarnya berbuat demikian bersempena kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

"Bersempena kedatangan bulan Ramadan adalah lebih baik Rita dan Aidil ambil keberkatan itu dengan berbincang secara baik mengenai masalah rumah tangga mereka.

"Tambahan pula kedua-dua mereka adalah selebriti terkenal dan patut menjadi contoh baik kepada masyarakat khususnya.

"Kalau tidak boleh selesai juga tiada masalah untuk bercerai secara baik," ujarnya.

Dalam pada itu, peguam Syarie defendan (Rita), Datuk Mohd Zaidi Md. Zain menjelaskan kepada mahkamah, anak guamnya bersedia untuk berbincang secara baik dengan plaintif (Aidil) menerusi perintah mahkamah dan dibawah seliaan peguam masing-masing.

"Sebelum ini kita juga sudah membuat satu perbincangan menerusi Jawatankuasa Pendamai (JPK) yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak tetapi pihak plaintif menarik balik kerana tidak jadi untuk bercerai dengan defendan.

"Bagaimanapun pihak anak guam saya sangat terbuka dengan perbincangan untuk menyelesaikan kemelut ini dan berharap pihak plaintif akan bersetuju dan memberikan komitmen," katanya.

Membalas kenyataan tersebut, Peguam Syarie plaintif, Ahmad Nazib Johari berkata, perbincangan itu boleh dilakukan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membincangkan masalah mereka secara keseluruhan dan bukannya tertumpu kepada tuntutan yang dibuat sahaja.

Sementara itu, pihak defendan telah mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan plaintif berhubung tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dikemukan.

Wan Mahyuddin juga mengarahkan pihak plaintif mengemukakan jawapan terhadap bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak defendan.

Peguam Syarie plaintif memohon 14 hari untuk mengemukakan jawapan balas terhadap bantahan awal tersebut.

Aidil bagaimanapun tidak hadir pada sebutan tersebut kerana tidak dapat pelepasan kerana terikat dengan latihan untuk menentang pasukan Arsenal pada 24 Julai depan.

Sebutan kes pasangan itu ditangguhkan pada 7 Ogos depan pukul 9.30 pagi.

Pada 16 Mei lalu, Aidil telah menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.

Aidil juga dalam mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka ketika ini di Damansara ke rumah yang baru tajaan ATM yang didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya, dekat sini.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Sepanjang perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan