Susan Boyle Terima Ijazah Kedoktoran

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Susan Boyle.
Susan Boyle.

PENYANYI berbakat besar, Susan Boyle telah menerima ijazah kedoktoran daripada Universiti Queen Margaret di Edinburgh, Scotland sebagai menghargai sumbangan beliau dalam industri kreatif.

BBC News melaporkan Anugerah tersebut telah disampaikan sendiri oleh Naib Canselor universiti itu, Tom Farmer.

Penyanyi berusia 53 tahun itu sebelum ini pernah menuntut di universiti dan mempunyai sijil dalam bidang pengurusan.

Susan, 53, telah membuat kemunculan pada tahun 2009 menerusi program Britain's Got Talent dan telah menjuari pertandingan tersebut.

Malah video uji bakat Susan yang menyanyikan lagu I Dreamed A Dream telah ditonton sebanyak 21.5 juta penonton di laman YouTube.

Album pertama Susan, I Dreamed A Dream telah menjadi antara album paling pantas di jual dalam sejarah dan telah menjadikan penyanyi kelahiran Blackburn, Scotland itu terkenal di seluruh dunia.

Dua buah album yang telah dihasilkan beliau juga telah terjual sebanyak 20 juta unit diseluruh dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan