Sharnaaz Ahmad Sukar Jiwai Watak Menerusi Skrip

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sharnaaz Ahmad.
Sharnaaz Ahmad.

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sukar menjiwai sesuatu watak dengan hanya bersandarkan kepada skrip semata-mata sebaliknya lebih gemar menjiwai sesuatu karektor itu menerusi latihan dan penjelasan daripada pengarah.

Sharnaaz, 27, berkata, dia lebih selesa dengan cara itu kerana dapat menjiwai sesuatu watak dengan lebih baik apabila diberikan penerangan dan latihan daripada pengarah.

"Bukan kata saya malas hendak membaca skrip kerana kalau tidak baca memang akan menimbulkan masalah lain.

"Tetapi saya lebih yakin apabila pengarah dapat memberikan gambaran mengikut kehendaknya supaya saya dapat berikan apa yang dikehendaki dengan mencampurkan pemahaman saya," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Sharnaaz, pemahaman sesuatu peranan diberikan itu sangat penting dan jika gagal menjiwainya ia akan memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada lakonannya malah secara keseluruhan.

"Malu bertanya sesat jalan. Jadi daripada menghancurkan sesuatu watak itu kerana tidak mahu bertanya, saya memilih untuk ringan mulut dalam memastikan apa yang saya buat mencapai standard yang dikehendaki pengarah.

"Tambahan pula saya adalah pelakon baru yang masih belajar mengenai selok belok dunia lakonan," katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz mengakui dia kini lebih selektif terhadap watak yang diberikan kepadanya dalam menjaga kualiti lakonan supaya tidak dilabel stereotaip oleh penonton.

Kata Sharnaaz, sudah tiba masanya dia mencuba perkara baru dalam bidang lakonan dan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu watak sahaja.

"Saya akui sebelum ini saya terima sahaja apa watak yang diberikan kerana masih baru dan nak terokai dunia lakonan tetapi semakin lama peranan yang berikan hampir sama.

"Enggan peminat bosan saya kini lebih memilih demi memastikan hasil itu berkualiti dan meninggalkan kesan kepada penonton," katanya.

Sementara itu, Sharnaaz memberitahu dia akan menerima sekiranya ada pihak produksi yang ingin mengandingkan dia dengan kekasihnya iaitu penyanyi Shila Amzah.

Sharnaaz memberitahu, dia tidak melihat hubungan cinta mereka sebagai satu halangan untuk bekerjasama secara profesional.

"Insya Allah kalau ada rezeki apa salahnya kerana saya yakin kami dapat membezakan antara perkara peribadi dan kerjaya," ujarnya.

Sedang hangat dengan drama bersiri Bukan Bidadari dalam slot Lestary setiap Selasa pukul 9 malam di TV3, Sharnaaz juga bakal muncul dengan dua buah filem penghujung tahun ini iaitu Azazil dan Juvana The Movie.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan