Kontroversi Kukuhkan Kasih Sayang Watie (Elite) & Joey

Diterbitkan: Isnin, 9 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Watie dan Joey mengakui ikatan kasih sayang mereka semakin kuat selepas melalui pelbagai rintangan dalam hubungan mereka. Foto GLENN GUAN.
Watie dan Joey mengakui ikatan kasih sayang mereka semakin kuat selepas melalui pelbagai rintangan dalam hubungan mereka. Foto GLENN GUAN.

SUBANG JAYA: Penyanyi dan pelakon Watie Sadali (Elite) berkata kehidupannya semakin gembira dan bermakna sejak enam bulan melayari alam rumah tangga dengan Joey Daud.

Watie, 36, berkata cemuhan dan pelbagai kontroversi mengenai perkahwinan mereka sejak hampir setahun yang lalu sebenarnya menguatkan lagi hubungan kasih sayang antara dia dan aktor itu.

"Kehidupan saya bertambah gembira walaupun agak penat dengan komitmen kerja dan tanggungjawab sebagai isteri.

"Namun saya bersyukur kerana pelbagai kontroversi dan cemuhan orang menguatkan lagi kasih sayang antara kami hari demi hari," katanya kepada mStar Online.

Watie berkata demikian ketika ditemui pada majlis resepsi perkahwinannya di perkarangan Mydin Mall USJ di sini pada malam Sabtu lalu, bersempena acara kemuncak Festival Kerja Kahwin ke-7.

Watie dan Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud, 38, bernikah secara rahsia pada 22 Disember tahun lalu di kediamannya di Bukit Antarabangsa dekat sini dengan berwalikan adiknya Mohd Nor Azni Sadali.

Mengenai majlis resepsi tersebut, Watie berkata dia tidak menjangkakan majlis resepsi kedua mereka meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

"Saya pun tidak jangkakan ramai tetamu hadir. Kalau diikutkan lebih ramai lagi yang mahu datang tetapi mungkin kerana mereka ada urusan lain pada malam ini (malam Sabtu).

"Apa pun saya gembira dan berpuas hati dengan kelancaran majlis ini. Saya dan suami berterima kasih kepada penganjurnya Festival Kerja Kahwin yang menyiapkan persiapan terbaik untuk kami," katanya.

Majlis resepsi pasangan itu dimeriahkan dengan kehadiran sekitar 360 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai, rakan artis dan para peminat.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis itu adalah pelakon Nadia Mustafar, Maimunah Ahmad atau Mak Jah, penyanyi Nash dan Linda Rafar sekeluarga.

Majlis resepsi pertama mereka diadakan pada 1 Mei lalu di kediaman Setiausaha Akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ruhaidini Abd Kadir.

Dalam perkahwinan sebelum ini Watie dikurniakan dua orang anak tetapi seorang daripadanya sudah meninggal dunia manakala Joey mempunyai seorang anak.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan