Simon Cowell Bimbang Tiada Siapa Mahu Mengahwininya

Diterbitkan: Ahad, 8 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Simon Cowell
Simon Cowell

LONDON: Penerbit muzik terkenal Simon Cowell bimbang kerana tiada sesiapa mahu berkahwin dan hidup bersamanya.

Cowell mendedahkan dia sering membuatkan kekasihnya menjadi tidak keruan kerana sikapnya yang gemar berjaga sepanjang malam kerana urusan kerja.

“Sukar untuk hidup bersama saya. Saya seorang lelaki yang mementingkan diri sendiri dan memerlukan waktu untuk bersendiri” katanya seperti dipetik thesun.co.uk.

Difahamkan, hubungan Cowell dan tunangnya Mezhgan Hussainy berakhir pada awal tahun ini kerana sikap bekas pengkritik American Idol itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan