Sani (Mentor) Sudah Jadi Hael Husaini

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program realiti Mentor musim ketiga, Sani mahu menggunakan nama penuhnya iaitu Hael Husaini sebagai salah satu langkah memperkenalkan kembali dirinya di persada muzik tempatan.

Hael, 23, berkata, sejak mula menyertai program Mentor lagi dia ingin menggunakan nama penuh tetapi pihak produksi pada waktu itu merasakan nama Sani lebih sesuai dengannya.

"Sejujurnya saya tiada masalah kalau orang ingin panggil saya Sani tetapi untuk kemunculan semula ini saya ingin dikenali dengan nama penuh.

"Tambahan pula syarikat yang saya naungi kini memberikan kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk membuat keputusan bukan sahaja mengenai nama tetapi juga muzik yang ingin saya bawa," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran single terbarunya berjudul “Tak Terfikir” di sini pada Khamis.

Pelancaran majlis itu ditaja oleh syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd.

Tambah Hael, dia juga tidak mempunyai masalah jika peminat masih ingin mengaitkan dirinya dengan program Mentor yang pernah disertainya.

"Mentor adalah platform untuk saya masuk ke dunia hiburan dan tidak mungkin saya akan lupakan jasa program itu begitu sahaja.

"Saya tidak kisah jika orang masih mahu mengaitkan saya dengan program itu," katanya.

Dalam pada itu, Hael turut menepis dakwaan dia bermusuhan dengan pasangannya dalam program tersebut iaitu Erul.

Hael berkata, mereka langsung tidak mempunyai masalah namun mengakui mengambil jalan masing-masing sebagai penyanyi.

"Memang kalau dari segi kerjaya kami berdua membawa haluan masing-masing kerana berasakan tidak sesuai untuk bergandingan sebagai kumpulan.

"Tetapi itu bukan bermakna kami bermusuhan kerana kami ada juga berhubungan untuk bertanya khabar," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai single terbarunya itu, Hael berkata lagu berkenaan dicipta oleh dia sendiri dengan mendapat bantuan daripada Sharon Paul.

Hael memberitahu, selain sibuk mempromosikan lagu terbarunya itu, dia juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagi lagu sebelum muncul dengan album penuh.

"Saya tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda biar perlahan-lahan asalkan semuanya berjalan lancar," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hael berkata dia mengikat kontrak bersama syarikat Syed & Breukelen Entertainment Sdn Bhd selama setahun dan berpuas hati dengan pengurusan syarikat itu.

"Jika dulu saya terpaksa mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh orang lain tetapi menerusi syarikat pengurusan ini saya diberikan hak untuk bersuara dalam menentukan arah tuju kerjaya saya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan