Raja Azmi Tolak Cinta Tan Sri

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Belum pun lepas edah, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman, mencipta kontroversi terbaharu apabila mendakwa “dihimpit” seorang tokoh korporat bergelar Tan Sri.

Raja Azmi, 53, berkata, lelaki berkenaan yang berstatus duda mula mendekatinya selepas tiga hari dia bercerai dengan bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek.

"Memang benar ada seorang lelaki berstatus Tan Sri mahu berkawan dengan saya tetapi tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Lelaki itu sebaya dengan saya dan merupakan seorang duda.

"Sejak dia dapat tahu mengenai perceraian saya di media, dia kerap menghubungi saya dan bersungguh-sungguh ingin mengenali dengan lebih dekat,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini petang Khamis.

Penerbit filem ... Dalam Botol berkata, hatinya bagaimanapun belum terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai.

Menurut Raja Azmi dia terkejut apabila lelaki yang dikenalinya dua tahun lalu menerusi seorang rakan perniagaan itu menghubunginya semula selepas setahun setengah terputus hubungan.

"Saya mengenali dia dua tahun yang lalu. Malah bekas suami pun tahu kerana kami adalah rakan perniagaan tetapi kami sudah tidak berhubung selama setahun setengah.

"Saya terkejut apabila dia menghubungi saya secara tiba-tiba dan meluahkan hasrat untuk berkawan dengan saya. Saya belum bersedia untuk berjumpa dengannya walaupun dia sering mengajak saya keluar," katanya.

Raja Azmi berkata, pada waktu ini dia lebih selesa untuk bersendiri dan menikmati kehidupan solo dengan sepuas-puasnya.

"Saya tidak perlu gelojoh dalam hal sebegini. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Biarlah ia berlaku secara semula jadi jika benar ada jodoh antara kami.

"Buat masa ini, saya tidak mahu membebankan fikiran mengenai soal hubungan. Saya mahu menjalani hidup solo dengan sepuas-puasnya," katanya.

Raja Azmi dan Jalani atau Mohamed Jalani Mohamad Sidek, 49, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat dekat sini pada 27 Jun lalu.

Pasangan yang bercerai atas alasan tiada persefahaman dan konflik rumah tangga yang berpanjangan itu berkahwin selama 28 tahun.

Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18, dan seorang cucu yang berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan