5 Tahun Tidak Popular, Azmeer Muncul Konsep K-Pop

Diterbitkan: Jumaat, 6 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azmeer.
Azmeer.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azmeer masih berharap dapat diterima oleh peminat muzik tempatan selepas hampir lima tahun berusaha membina nama sebagai penyanyi.

Azmeer, 29, berkata, perkataan putus asa tidak pernah ada dalam kamus hidupnya dan akan terus berusaha selagi terdaya untuk diterima peminat.

"Sudah lima tahun saya dalam industri tetapi masih belum ramai yang mengenali saya sebagai seorang penyanyi.

"Namun itu bukan alasan untuk saya berputus asa kerana yakin suatu hari nanti pasti saya akan diterima peminat," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album single Hael Husaini di sini pada Khamis.

Tambah Azmeer, sebelum ini dia telah berusaha dengan mencuba pelbagai genre muzik bagi mengikut kehendak pasaran namun menyifatkan rezeki belum berpihak kepadanya.

Dalam pada itu, Azmeer memberitahu dia telah pun muncul dengan single terbaru berjudul Laila One More Time dengan berlandaskan muzik K-pop yang sedang menjadi kegilaan peminat muzik ketika ini.

Azmeer memberitahu lagu ciptaan Hudson Gun dan Sheikh Kalam itu sudah pun dilancarkan berserta video muzik di YouTube.

"Alhamdulillah ramai peminat yang suka dengan lagu itu dan ada juga yang mengkritik tetapi saya tetap terima kerana boleh memperbaiki diri pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, Azmeer amat bersyukur apabila mendapat banyak jemputan membuat persembahan di Singapura dan mengakui sering berulang alik ke kota singa itu.

Dia bertuah kerana di sebalik kekurangan yang di alaminya, peminat di sana tidak pernah memandang itu sebagai satu halangan untuk mereka menikmati lagu-lagu yang dibawanya.

"Walaupun saya mengalami masalah sengau tetapi saya tidak pernah anggap diri cacat sebaliknya unik.

"Sebagaimana orang luar melihat saya sebagai seorang yang unik begitu juga saya mahu peminat muzik tempatan melihat saya dan bakat yang ada," katanya.

Selain Laila One More Time, Azmeer juga pernah muncul dengan lagu seperti Misteri Cinta Sakti, Zapin Kelana, Maafkan Aku dan Aku Single.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan