Tom Cruise Seperti Ingin Rujuk Dengan Katie Holmes

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Holmes dan Tom Cruise.
Katie Holmes dan Tom Cruise.

BINTANG filem Mission Impossible iaitu Tom Cruise dikhabarkan telah meminta isterinya, Katie Holmes untuk hadir ke majlis ulang tahunnya yang ke-50 pada Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan tujuan Tom mengundang isterinya itu dengan harapan dapat merujuk semula selepas Katie mengambil keputusan untuk bercerai.

"Tom menyambut ulang tahunnya yang ke-50 dengan penuh perasaan suram walaupun dia cuba berlagak gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Atas dasar itu juga dia menjemput Katie dengan harapan dapat kembali ke pangkuan isteri dan anak mereka, Suri," ujar sumber pasangan itu.

Salah satu sumber mengungkapkan kepada Us Magazine, sejak awal lagi Tom telah merancang untuk mengadakan majlis hari jadi di samping keluarganya.

"Tom memohon agar Katie kembali ke pangkuannya dan mereka dapat berbincang mengenai masalah di antara mereka," kata sumber itu lagi.

Tom sendiri dikhabarkan telah pulang ke kampung halamannya di California selepas Katie enggan memenuhi kehendaknya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan