Kristen Stewart Mahu Anak Dengan Robert Pattinson

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robert Pattinson dan kekasihnya, Kristen Stewart.
Robert Pattinson dan kekasihnya, Kristen Stewart.

PELAKON filem Twilight iaitu Kristen Stewart mendedahkan ingin mempunyai cahaya mata bersama kekasihnya Robert Pattinson suatu hari nanti.

Menurut Daily Mail, Kristen membuat kenyataan demikian kepada salah seorang rakannya ketika berbual-bual dengan salah seorang rakan mereka yang sedang sarat mengandung.

"Ketika itu dia sedang berbual-bual dengan rakannya yang sedang hamil itu dan tiba-tiba dia memberitahu ingin memiliki cahaya mata bersama Robert.

"Sambil memegang perut rakannya itu dan merasakan tendangan daripada bayi tersebut, Kristen bertambah teruja untuk memiliki anak," kata sumber itu.

Keinginan Kristen itu rupa-rupanya bukanlah suatu perkara pelik kerana salah seorang rakan pelakon mereka iaitu Bill Condon memberitahu tidak sabar untuk melihat pasangan itu mempunyai cahaya mata.

"Saat merakamkan filem ini, saya melihat mereka berdua sangat matang dan cukup peka terhadap keadaan sekeliling. Mereka bersedia untuk jadi ibu bapa," katanya.

Bagaimanapun, keinginan Kristen itu berlainan dengan pandangan Robert yang belum bersedia untuk memiliki anak.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan