Ibu Paling Gembira Apabila Ella Bertemu Jodoh

Diterbitkan: Khamis, 5 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ella
Ella

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.

Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.

“Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.

Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.

Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.

Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 15 Jun lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.

Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti

Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.

“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan