Deejay Zizi Tinggalkan Suria FM Bukan Kerana Masalah Disiplin

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zizi mengambil keputusan tinggalkan Suria FM selepas mendapat tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Indonesia.
Zizi mengambil keputusan tinggalkan Suria FM selepas mendapat tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Indonesia.

PETALING JAYA:Penyampai radio Suria FM iaitu Ahmad Zuwairi Mohd Nor atau lebih mesra dengan panggilan Zizi telah meninggalkan stesen radio itu berkuat kuasa 29 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penyiaran Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata, Zizi meletakkan jawatan selepas menerima tawaran sebagai konsultan di sebuah stesen radio di Jakarta, Indonesia dan memutuskan untuk menerima peluang itu.

"Sebagai seorang ketua di sini saya gembira dengan pencapaian anak buah saya yang dapat memperluaskan kerjaya mereka di peringkat lebih tinggi dan keputusan yang di ambil oleh Zizi adalah tepat," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Zizi mula berkhidmat di Suria FM sejak empat tahun lalu dan pernah mengendalikan segmen seperti Breakfast@Suria bersama Halim Othman dan Sharifah Shahira (Shira) sebelum bergandingan dengan Myra menerusi Menu Ceria Suria pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Dalam pada itu, Yusri menafikan desas-desus mengatakan Zizi meninggalkan stesen itu kerana mempunyai masalah dengan pihak pengurusan Suria FM.

Katanya, perkara itu tidak pernah terjadi malah pihak pengurusan cukup berpuas hati dengan prestasinya sepanjang bersama stesen radio itu.

"Masalah tidak puas hati dengan pihak pengurusan tidak berlaku kerana Zizi sendiri yang ingin meninggalkan Suria FM dan kami di pihak pengurusan tidak boleh berbuat apa-apa kerana itu adalah untuk kebaikan dan masa depannya," ujarnya.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk menghubungi Zizi gagal kerana dia telah berangkat ke Jakarta, Indonesia dan telah memulakan tugas barunya itu sejak Isnin lalu.

Sementara itu, Yusri memberitahu pihaknya masih belum mencari pengganti Zizi dan tidak menolak kemungkinan akan ada wajah baru menggantikannya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan