Aaron Aziz Tidak Halang Anak-Anak Jadi Pelakon

Diterbitkan: Rabu, 4 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aaron bersama isteri, Diyana dan tiga cahaya mata mereka.
Aaron bersama isteri, Diyana dan tiga cahaya mata mereka.

PETALING JAYA: Pelakon popular, Aaron Aziz tidak akan menghalang jika anak-anaknya ingin mengikut jejak langkahnya sebagai pelakon atau cabang lain dalam dunia seni.

Aaron berkata, dia tidak berhak untuk menentukan masa depan anak-anaknya kerana mereka berhak membuat keputusan terhadap masa depan masing-masing.

"Sebagai seorang bapa saya tidak akan menghalang apa juga cita-cita mereka kerana itu adalah kehendak dan pilihan mereka.

"Apa yang boleh saya boleh buat adalah menyokong setiap keputusan mereka apabila mereka besar nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Aaron, pihak produksi juga ada beberapa kali memberitahu ingin mengambil anaknya sebagai pelakon kanak-kanak namun merasakan masih terlalu awal untuk memberikan mereka bekerja.

"Banyak dah orang mintak nak ambil mereka berlakon tetapi rasanya mereka masih kecil untuk bekerja. Mungkin suatu hari nanti saya benarkan," katanya.

Dalam pada itu, Aaron tidak menafikan ada memberi pendedahan kepada tiga anaknya iaitu Danish Anaqi, 8, Dwi Ariana, 6 dan Dahlia Arissa, 2 tahun, apabila sering membawa mereka ke lokasi penggambaran.

Aaron berkata, selain memberi pendedahan kepada anak-anaknya, dia juga mahu mereka memahami apa yang dilakukannya sebagai punca rezeki selain dapat menghabiskan masa bersama mereka.

"Kadang-kadang jadual saya sangat sibuk sehingga tiada masa bertemu anak-anak jadi cara paling baik adalah bawa mereka sekali ke lokasi penggambaran.

"Setakat ini mereka tidak merungut jika mereka ikut bersama malah jika sesebuah filem itu telah keluar, mereka boleh ingat lokasi yang mereka turut serta," katanya.

Pun begitu kata Aaron, anak-anaknya hanya mengikutnya ke lokasi apabila hujung minggu atau cuti sekolah sahaja.

Sementara itu, Aaron yang baru sahaja mendapat taraf penduduk tetap di negara ini berkata, dia sebolehnya ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam bidang lain yang lebih terjamin.

Atas dasar itu juga, Aaron memberitahu dia memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan yang terbaik selain sentiasa memantau aktiviti persekolahan mereka.

"Bukan kata jadi pelakon ni tak elok tetapi biasalah sebagai seorang bapa kita ingin melihat anak-anak lebih berjaya daripada diri kita dan berasa bangga dengan mereka.

"Walaupun saya rapat dengan mereka tetapi dalam bab-bab disiplin dan belajar mereka cukup takut dengan saya," ujarnya.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan