Katie Holmes Dijangka Terima RM48 Juta Selepas Bercerai Dengan Tom Cruise

Diterbitkan: Isnin, 2 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Katie Holmes dan Tom Cruise
Katie Holmes dan Tom Cruise

LOS ANGELES: Aktres katie Holmes dijangka akan menerima sejumlah RM48 juta (ASD15 juta) selepas bercerai dengan aktor dan produser Tom Cruise.

Holmes yang memfailkan perceraian selepas lima tahun berkahwin menjelaskan perbezaan pendapat yang tidak dapat dipulihkan sebagai punca keretakan rumah tangga mereka. Dia juga menuntut hak penjagaan tunggal ke atas anak perempuan mereka, Suri, 6.

Pakar-pakar berpendapat, Holmes turut akan menerima wang yang banyak daripada Cruise untuk membesarkan anak mereka.

“Cruise memiliki sebilangan besar harta mereka. Holmes akan menerima sebahagian besar daripadanya sebagai nafkah untuk membesarkan anak mereka. Dia (Holmes) hanya perlu menunjukkan Suri memerlukan pengasuh, kereta, pakaian dan temu janji dandanan rambut.

"Gaya hidup Suri yang mewah memerlukan sejumlah wang yang banyak pada setiap bulan,” kata seorang peguam terkenal, Vikki Ziegler kepada laman Hollywoodlife.com.

Selepas kes cerai itu diselesaikan kelak, pasangan itu berhak untuk mengambil bahagian pendapatan masing-masing daripada projek-projek filem mereka bersama sejak November 2006.

Laman femalefirst.co.uk turut melaporkan, Holmes juga dijangka menerima RM9.5 juta (ASD3 juta) bagi tempoh perkahwinan mereka dan rumah agam bernilai RM111 juta (ASD35 juta) di Beverly Hills dekat sini.

Memandangkan tempoh perkahwinan pasangan itu tidak menjangkau 11 tahun, perjanjian pra-perkahwinan di bawah peruntukan negeri California yang menetapkan pembahagian harta bersama bagi pasangan bercerai terbatal dengan sendirinya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan