ALBUM BARU: 'The Best of KRU' Wajib Dimiliki

Diterbitkan: Ahad, 1 Julai 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

The Best of KRU.
The Best of KRU.

ALBUM: The Best of KRU

ARTIS: KRU

EDARAN: EMI / Warner Music Malaysia

NAMA kumpulan KRU yang cukup popular pada zaman 90-an dengan lagu-lagu seperti Awas, Apa Saja dan Untuk Mu telah menjadikan mereka sebuah nama gah dalam industri hiburan tempatan.

Kehadiran album The Best of KRU barangkali adalah antara hadiah istimewa mereka untuk para peminat kerana semua lagu hit mereka sejak awal kemunculan sehingga kini telah dimuatkan dalam sebuah album sama.

Mendengar album ini dapat mengimbau kenangan pendengar bersama tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry selain transformasi muzik mereka yang berjaya mengangkat industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi.

Sejujurnya The Best of KRU adalah sebuah album yang wajib dimiliki oleh semua peminat setia kumpulan itu.

Antara lagu lain yang terkandung dalam album tersebut adalah Awas, Negatif, Jangan Lafazkan, Ooh! La! La!, Getaran Jiwa, Perpisahan Terasing, Mengerti, Balada Hati, More Than Forever, dan The Way We Jam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan