'Artis Perlu Ambil Insuran Agar Tidak Menyesal' - Aida Khalida

Diterbitkan: Khamis, 28 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aida Khalida.
Aida Khalida.

PETALING JAYA: Pelakon Aida Khalida menyarankan artis muda supaya mengambil insurans kesihatan dan nyawa sebagai persediaan pada hari tua mereka nanti.

Aida, 50, berkata, perkara itu dianggap penting dan boleh membantu mereka pada kemudian hari sekiranya berlaku sesuatu musibah dan perkara yang tidak diingini.

"Kita ni sebagai pelakon bukan ada gaji tetap atau imbuhan lain jadi masa tengah muda dan kuat bekerja tu tidak salah mengagihkan sedikit bayaran lakonan untuk simpanan seperti mengambil insurans.

"Mungkin pada sesetengah orang anggap ia perkara remeh tetapi sebenarnya ia mempunyai banyak kebaikan dan kegunaan ketika waktu kecemasan," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aida, dia bukan cuba mengajar artis baru tetapi sekadar memperingati mereka agar tidak lalai dengan keseronokan dunia glamor sehingga melupakan tentang masa depan.

"Saya sudah lama dalam industri ini jadi tahu selok-belok tentang bidang ini dan jika golongan artis tidak beringat pasti akan menyesal suatu hari nanti," katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata, walaupun banyak persatuan seni yang wujud di negara ini, golongan artis tidak boleh terlalu mengharapkan mereka sahaja dan perlu berbuat sesuatu untuk masa depan masing-masing.

"Jika hanya nak mengharapkan ihsan orang lain susah juga sebab itu saya kata sejak awal kita perlu sedar bahawa kerjaya sebagai pelakon dan penyanyi bukan selamanya senang dan orang mahukan kita," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaru dirinya, Aida berkata, dia amat bersyukur kerana masih diberi tawaran berlakon sehingga terpaksa menolak beberapa drama kerana kesuntukan masa.

Dia juga gembira apabila imej bertudung yang dikenakan tidak pernah menjadi masalah kepada syarikat produksi untuk mengambilnya berlakon.

"Alhamdulillahlah walaupun dah 'senja' masih banyak tawaran yang saya dapat dan selagi terdaya saya akan terus berlakon," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan