Zed Ucap Tahniah Aaron Dapat PR Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 26 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zed Zaidi
Zed Zaidi

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mengucapkan tahniah kepada aktor Singapura Aaron Aziz selepas sah bergelar penduduk tetap (PR) negara ini, awal bulan ini.

Aaron, isteri Diyana Halik dan tiga anak pasangan itu diberikan hak taraf PR oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Zed dalam kenyataannya kepada Harian Metro pada Selasa dipetik sebagai berkata, dia menerima berita itu pada tiga atau empat hari lalu dan menyifatkan ia sebagai rezeki buat keluarga aktor itu biarpun baru tujuh tahun dia menetap di negara ini.

“Tahniah Aaron kerana bergelar PR negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu.

“Tanpa sebarang niat saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami baru-baru ini” katanya.

Pada April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan tindakan Zed yang mempertikaikan kemenangan Aaron selepas tamat Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) di Genting Highlands.

Sementara itu, Aaron berkata dia bersyukur selepas doanya sewaktu menunaikan umrah pada bulan lalu dimakbulkan Allah.

“Terima kasih Zed atas ucapan itu. Lega rasanya dengan kejayaan ini (bergelar PR) dan kami (keluarga) tidak perlu bersusah payah pergi dan pulang ke Singapura lagi.

“Saya anggap berita ini rezeki anak dan isteri serta doa di Makkah dimakbulkan,” kata aktor dari Pasir Ris, Singapura itu.

Aaron berkata, permohonan mendapatkan taraf PR bermula pada Ogos tahun lalu dan kini barulah ia berjaya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan