'Seperti Dulu' Mencabar kekuatan Vokal Forteen

Diterbitkan: Isnin, 25 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Forteen
Kumpulan Forteen

PETALING JAYA: Selepas single pertama Berdua Bersatu mendapat respons positif daripada peminat-peminat muzik tanah air, kumpulan Forteen muncul dengan single kedua pula iaitu Seperti Dulu.

Salah seorang ahlinya, One berkata, Seperti Dulu masih lagi menggunakan khidmat komposer Edry Abd Halim dan nyanyian lagu tersebut lebih mencabar kekuatan dan keserasian vokal mereka.

"Walaupun Forteen baru setahun dalam persada seni muzik namun penerimaan peminat begitu menggalakkan di mana kami lihat Berdua Bersatu kerap diputarkan di corong-corong radio.

"Kerana itu, kami meneruskan perjuangan muzik menerusi Seperti Dulu pula. Bezanya untuk lagu kedua ini, kami tampil dengan menonjolkan kekuatan vokal masing-masing," katanya.

Selain One, kumpulan yang ditubuhkan pada Mac tahun lalu itu dianggotai oleh Ariz, Ameer dan Izzue.

Dalam pada itu, tambah One, lagu tersebut turut dimuatkan sebagai salah satu runut bunyi (soundtrack) bagi filem terbitan KRU Studios, 29 Februari yang akan ditayangkan pada 30 Ogos depan.

"Kami masih lagi mentah dalam industri ini dan apabila diberi peluang menyanyikan lagu tersebut untuk dimuatkan dalam runut bunyi filem arahan Edry itu, ia satu penghargaan yang sangat besar.

"Malah kami jadikan ia sebagai satu tanggungjawab besar untuk membawakan Seperti Dulu dengan penuh penghayatan, agar ia dapat dirasai saat menyaksikan filem tersebut," ujar Izzue pula. Seperti Dulu mengisahkan tentang harapan seorang kekasih yang inigin kembali semula kepangkuan kekasih hatinya yang sudah lama terpisah.

Sementara itu, kumpulan itu turut merancang untuk muncul dengan sebuah album yang dijangka akan keluar pada awal tahun depan.

Untuk mengikuti perkembangan terkini kumpulan Forteen di Facebook, layari http://www.facebook.com/pages/Forteen.Bagi yang ingin menyaksikan klip video Seperti Dulu di Youtube, layari http://www.youtube.com/watch?v=ev8p3Ty3_nU.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan