Pekin Ibrahim Terkejut Buku Tulisannya Dirampas Jais

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pekin bersama buku pertamanya berjudul Memoir Bukan Memoir yang dilancarkan di Galeri Annexe, Pasar Seni di sini, petang Sabtu. - Foto oleh BRIAN MOH
Pekin bersama buku pertamanya berjudul Memoir Bukan Memoir yang dilancarkan di Galeri Annexe, Pasar Seni di sini, petang Sabtu. - Foto oleh BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Pelakon Pekin Ibrahim pada mulanya agak terkejut apabila buku pertama nukilannya berjudul Memoir Bukan Memoir dikatakan menyebarkan kandungan yang merosakkan akidah umat Islam sehingga dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan di pejabat syarikat penerbitan buku terbabit pada 12 Jun lalu.

Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 31, berkata, salah faham yang timbul itu bagaimanapun sudah diselesaikan dan kandungan bukunya tidak mempunyai sebarang masalah kerana ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri sebelum diterbitkan.

"Insiden itu berlaku kerana salah faham. Jais membuat serbuan pada syarikat penerbitan itu kerana buku-buku lain dan bukannya buku saya. Secara kebetulan buku saya juga berada di sana, mereka rampas beberapa naskhah bagi tujuan siasatan.

"Saya berasa terkejut dan terkilan juga dengan apa yang berlaku kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik," katanya ketika ditemui mStar Online.

Aktor filem Bunohan itu ditemui pada pelancaran buku berkenaan di Galeri Annexe, Pasar Seni di sini, petang Sabtu. Turut dilancarkan pada majlis sama adalah buku tulisan pelakon Faizal Hussein berjudul Limelight.

Kedua-dua buku terbitan Merpati Jingga itu bakal dipasarkan tidak lama lagi.

Bercerita mengenai buku setebal 136 halaman itu, Pekin berharap ia akan memberikan manfaat dan motivasi kepada golongan remaja untuk tidak berputus asa dalam mencapai impian masing-masing.

"Sejak saya mula menulis buku ini pada 2009, ada beratus-ratus bab mengenai perjalanan hidup saya dimuatkan dalam draf asal. Namun kita tidak boleh masukkan semuanya dalam buku ini. Saya dan penerbit ketengahkan 48 bab yang terbaik saja dalam buku ini.

"Kalau diikutkan masih banyak lagi cerita hidup saya yang belum didedahkan. Mungkin kalau ada bahagian kedua, dapatlah saya dedahkan bakinya. Apa pun saya hanya ingin berkongsi agar buku ini menjadi motivasi kepada semua khususnya remaja untuk maju dalam kehidupan," katanya.

Mengenai kerjaya lakonan, Pekin baru saja menamatkan penggambaran filem Tokan dan dijangka memasuki set penggambaran filem terbaru arahan Mamat Khalid berjudul Usop Wilcha pada 10 Julai depan.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan