Jason Mraz Tampil Positif Dalam 'Love Is Four Letter Words'

Diterbitkan: Ahad, 24 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ARTIS: Jason Mraz

ALBUM: Love Is Four Letter Words

EDARAN: Warner Music

ALBUM kelima penyanyi dan penulis lagu, Jason Mraz mungkin akan memberi satu kepuasan buat peminat-peminatnya, apatah lagi judulnya sahaja Love Is Four Little Word sudah mampu mencuit hati sesiapa sahaja.

Tampil dengan 12 buah lagu, antaranya ialah The Freedom Song, Living in the Moment, The Woman I Love, I Won't Give Up, 5/6, Everything Is Sound, 93 Million Miles, Frank D. Fixer, Who's Thinking About You Now?, In Your Hands, Be Honest, The World as I See It dan I'm Coming Over.

Jason turut menghadiahkan enam buah trek bonus yang menampilkan versi yang berlainan bagi lagu I Wont Give Up, You Fckn Did It, I Never Knew You dan The World As I See It termasuklah sebuah klip video.

Kali ini, sedikit pendekatan yang berbeza cuba disampaikan Jason walaupun konsep muzik 'alternative rock' dan 'blue-eyed soul' masih dikekalkan.

Kreativiti Jason yang ditonjolkan pada lagu-lagunya tampak lebih matang dan ternyata empat tahun menunggu kemunculan penyanyi ini benar-benar berbaloi.

Trek pertama, The Freedom Song memberi gambaran keseluruhan album ini dimana ia dicipta bagi menekankan nilai-nilai positif dalam percintaan.

Menghayati bait-bait liriknya, penyanyi berusia 34 tahun ini menggambarkan cinta daripada pelbagai sudut pandangan, di mana ia tidak ditujukan kepada kekasih semata-mata. Lagu-lagu yang dihasilkan itu khas buat sesiapa sahaja.

Melihat pada kulit albumnya pula, ia menunjukkan personaliti Jason yang sahtai dalam karyanya dan inspirasi kulit album ini diinspirasikan daripada sebuah gambar lukisan bangunan lingkaran, segitiga, kotak, dan trapesium yang membentuk kata Love.

Sebagai kenangan buat peminat-peminatnya, sekeping kertas merah yang tertera ‘Understanding Love Is One of The Hardest Things In The World’ juga diselitkan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan