Ada Keserasian Antara Cristina Suzanne & Bront Palarae

Diterbitkan: Sabtu, 23 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cristina Suzanne. - Foto oleh AZHAR MAHFOF
Cristina Suzanne. - Foto oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Pelakon baru Cristina Suzanne Stocktill (Cris) tidak menolak jika dia dan aktor Bront Palarae menjalinkan hubungan cinta pada masa akan datang kerana wujud keserasian antara mereka.

Menurut Cris, 27, walaupun mereka baru rapat sejak sama-sama terlibat dalam projek filem terbaru berjudul Jwanita, karakter dan ciri-ciri yang dimiliki Bront menepati kriteria lelaki idamannya.

“Kalau diikutkan, saya mula mengenali Bront sebagai rakan artis pada awal tahun ini tetapi kami tidak rapat ketika itu. Kami semakin rapat sejak kebelakangan ini apabila saya dan dia sama-sama berlakon dalam filem Jwanita.

“Berdasarkan cara kami berkomunikasi, saya akui selesa dengannya. Sikapnya yang sederhana, ringkas dan baik hati itu menepati kriteria lelaki idaman saya,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, ujar Cris dia enggan mengulas mengenai status hubungan itu kerana ia masih berada pada peringkat awal untuk membolehkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain.

“Saya tidak mahu komen lanjut kerana kami hanya berkawan buat masa ini. Saya selesa berkawan rapat dengannya tapi kami belum ada apa-apa lagi.

“Namun saya tidak menolak kemungkinan kalau ditakdirkan hubungan ini menjadi lebih serius pada masa akan datang. Buat masa ini, biarlah ia berlangsung secara semula jadi,” katanya yang kini berstatus solo.

Berkongsi pandangan berhubung pemilihannya membintangi filem berkenaan, Cris berkata dia terkejut dan tidak pasti mengapa dia menjadi pilihan pengarah berkaliber itu.

“Saya sendiri pun tidak pasti apa yang Osman Ali lihat dan nilai pada saya sehingga menjadi pilihannya untuk filem ini sedangkan saya masih baru dan kurang dikenali.

“Mungkin dia melihat pada faktor rupa atau potensi bakat saya, hanya dia ada jawapannya,” katanya sambil mengakui berasa gementar untuk berlakon dalam filem itu.

Filem yang turut dibintangi Maya Karin dan Marsha Londoh itu bakal memulakan penggambaran pada 30 Jun ini selama 30 hari di sekitar Kuala Lumpur dan Terengganu.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan