Enggan Balas Tuntutan, Anzalna Serahkan Pada Seniman

Diterbitkan: Jumaat, 22 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Neelofa (kiri) dan Anzalna
Neelofa (kiri) dan Anzalna

PETALING JAYA: Pelakon Anzalna enggan membalas notis tuntutan kepada peguam aktres Noor Neelofa Mohd Noor walaupun tempoh seminggu yang diberi kepada artis itu berakhir pada Khamis.

Sebaliknya Anzalna menyerahkan isu itu kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk diselesaikan.

Berita Harian pada Jumaat melaporkan, Anzalna membuat keputusan itu selepas mendapat nasihat Seniman yang mahu menemukan mereka termasuk Tasha Shilla bagi menyelesaikan krisis berkenaan di luar mahkamah.

“Kalau Neelofa berkeras nak bawa kes ini ke mahkamah, silakan. Saya sudah bersiap sedia dengan bukti. Atas nasihat Seniman, saya tidak akan membalas notis tuntutan itu.

“Seniman mahu membantu menyelesaikan masalah ini. Saya akan serahkan kepada Seniman untuk menguruskannya. Malah, persatuan itu ada peguam mereka sendiri,” katanya.

Anzalna dilaporkan sebagai berkata, dia tetap akan menyerahkan kes itu kepada Seniman bagi menjernihkan keadaan walaupun dia melantik peguam sendiri.

Katanya, dia belum dimaklumkan mengenai tarikh pertemuan atau mesyuarat tertutup antara dirinya, Neelofa dan Tasha Shilla seperti dirancang Seniman.

“Apabila tarikh sudah ditentukan, saya akan kemukan segala bukti yang ada. Saya sudah bersedia cuma dimaklumkan Seniman masih belum bertemu dengan Neelofa untuk mendapatkan tarikh sesuai,” katanya.

Sementara itu, Presiden Seniman Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menentukan tarikh bagi membincangkan isu berkenaan di antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan