Kristen Stewart Terima Pendapatan Tertinggi RM109.4 Juta

Diterbitkan: Khamis, 21 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG TWILIGHT, Kristen Stewart (gambar) kini telah mengatasi Angelina Jolie sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi di pasaran.

Menurut data yang dikumpulkan oleh majalah bisnes, Forbes, pelakon berusia 22 tahun itu yang baru-baru ini membintangi sebuah lagi filem boxoffice, Snow White And The Huntsman, menerima sehingga £22 juta (RM109.4 juta) dalam tempoh 12 bulan dari Mei 2011, mengatasi bayaran yang diterima oleh Jolie yang kini jatuh di tangga keempat.

Pendapatan tinggi tersebut juga menandakan Kristen kini sudah pun mengatasi artis-artis veteran seperti Cameron Diaz dan Sandra Bullock daripada segi bayaran.

Diaz kini menduduki tangga kedua dengan pendapatan sebanyak £21 (RM104.4 juta) untuk tempoh yang sama.

Penerima anugerah Oscar, Sandra Bullock, walaupun tidak begitu menyerlah sejak tiga tahun kebelakangan ini masih mampu berada di tangga yang ketiga dengan pendapatan sebanyak £15 juta (RM74.6 juta)

Selain Angelina Jolie di tempat keempat, Charlize Theron dan Julia Roberts masih mengekalkan status antara 10 pelakon wanita dengan bayaran paling tinggi.

Begitu juga Sarah Jessica Parker, Meryl Streep, Kristen Wiig dan Jennifer Aniston.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan