Karl Shafek Dituduh Guna Taktik Kotor Jadi Pengacara

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Karl Shafek. - Foto oleh SHAARI CHE MAT
Karl Shafek. - Foto oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Pengacara Karl Shafek (Karl) mengakui terkejut dengan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan ‘taktik kotor’ sebagai jalan pintas bagi memperoleh peluang mengacarakan rancangan Diari On Air di Astro Ria.

Menurut Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafe Ibrahim, 32, tuduhan itu adalah tidak berasas kerana dia mendapat peluang tersebut berdasarkan kelayakan menerusi proses uji bakat.

“Untuk apa saya lakukan taktik kotor sebagai jalan pintas mendapat peluang mengacarakan program? Jika saya mahu menggunakan taktik begitu, tentu sudah lama saya menonjol sebagai pengacara kerana saya menceburi bidang ini sejak 2008.

“Saya mempunyai prinsip dan mahu naik daripada bawah di mana saya dapat belajar semua perkara berkaitan dunia pengacaraan dan penyiaran. Peluang mengacarakan Diari On Air adalah menerusi proses uji bakat dan bukan taktik kotor seperti dakwaan itu,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Ditanya mengenai dakwaan kononnya dia berkawan rapat dengan Aznil Hj Nawawi untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh peluang itu, Karl berkata ia adalah tohmahan daripada pihak yang kurang senang melihat dia muncul dalam program berkenaan.

“Hanya kerana saya rapat dengan Aznil orang tuduh macam-macam pula. Saya menghormati Aznil sebagai pengacara yang berpengalaman. Banyak perkara mengenai selok-belok bidang ini saya pelajari daripadanya.

“Saya ikhlas menimba ilmu untuk peningkatan diri dan tidak ambil kesempatan ke atasnya. Buat apa saya hendak cari masalah dalam kerja kerana ia pasti akan patah balik kepada saya satu hari nanti,” jelasnya.

Bercerita mengenai populariti diri, Karl mengakui pembabitan dalam rancangan Diari On Air dan terbaru, MasterChef Selebriti di Astro memberikan impak positif apabila dia semakin dikenali.

“Tidak sangka pula semakin ramai orang mengenali saya. Respons yang saya terima di laman sosial dan ketika di tempat umum sejak terlibat dalam rancangan On Air dan MasterChef Selebriti mengejutkan saya.

“Walaupun populariti saya meningkat secara perlahan, ia adalah perkembangan positif yang membanggakan saya secara peribadi,” katanya yang mengidolakan pengacara antarabangsa Ryan Seacrest.

Diari On Air disiarkan pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 10 malam bermula 23 Mei lalu di Astro Ria (saluran 104).

MasterChef Selebriti pula kini disiarkan pada setiap Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam juga di saluran yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan