Bintang Twilight Kristen Stewart Kini Pelakon Wanita Dengan Bayaran Paling Tinggi

Diterbitkan: Rabu, 20 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG TWILIGHT, Kristen Stewart kini telah mengatasi Angelina Jolie sebagai pelakon wanita yang menerima bayaran paling tinggi di pasaran.

Menurut data yang dikumpulkan oleh majalah bisnes, Forbes, pelakon berusia 22 tahun itu yang baru-baru ini membintangi sebuah lagi filem box office, Snow White And The Huntsman, menerima sehingga £22 juta dalam tempoh 12 bulan dari Mei 2011 -mengatasi bayaran yang diterima oleh Jolie yang kini jatuh di tangga keempat.

Pendapatan tinggi tersebut juga menandakan Kristen kini sudah pun mengatasi artis-artis veteran seperti Cameron Diaz dan Sandra Bullock dari segi bayaran.

Diaz kini menduduki tangga kedua dengan pendapatan sebanyak £21 juta untuk tempoh yang sama.

Penerima anugerah Oscar, Sandra Bullock, walaupun tidak begitu menyerlah sejak tiga tahun kebelakangan ini masih mampu berada di tangga yang ketiga dengan pendapatan sebanyak £15 juta.

Selain Angelina Jolie di tempat keempat, Charlize Theron dan Julia Roberts masih mengekalkan status antara 10 pelakon wanita dengan bayaran paling tinggi.

Begitu juga Sarah Jessica Parker, Meryl Streep, Kristen Wiig dan Jennifer Aniston.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan