Pierre Andre Anggap Diri Lelaki Malang Kerana Cinta

Diterbitkan: Selasa, 19 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pierre Andre
Pierre Andre

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Pierre Andre, 27, menganggap dirinya sebagai seorang lelaki malang kerana sering gagal dalam menjalinkan hubungan cinta.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre berkata, dia kerap memikirkan punca kegagalan hubungan yang mungkin datang daripada kesilapan dirinya sendiri.

"Entahlah, mungkin salah saya juga yang mungkin ada kekurangan sehingga tidak menyenangkan wanita-wanita yang pernah saya sayangi. Apabila sesebuah perhubungan itu tidak jadi, saya mula rasa malang dalam hal cinta.

"Memang benar kata orang, untuk mendapat cinta yang sejati, kita perlu mengharungi banyak perkara yang menyakitkan," katanya.

Tambah Pierre, dia sepatutnya mendirikan rumah tangga pada akhir tahun lalu, namun hubungan cinta yang terjalin selama empat tahun dengan seorang wanita yang merupakan anak daripada kalangan kerabat diraja Terengganu itu retak.

Beritahu anak kepada pelakon Khatijah Tan ini, hal tersebut membuatkan dia terlalu kecewa dan sehingga kini, masih lagi dalam proses untuk memulihkan diri.

"Walaupun perkara itu sudah pun lama berlalu, diakui sehingga kini saya masih lagi sedang menjalani tempoh untuk mengubati rasa kecewa walaupun saya harus akur dengan ketentuan takdir.

"Perhubungan itu retak mungkin kerana darjat kami tidak sama? Entahlah, tak pasti. Cuma saya percaya apa yang telah berlaku ada hikmah di sebalik kejadian itu," ujarnya.

Sebelum ini Pierre pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Yana Shamsuddin dan dikaitkan pula bersama Julia Ziegler serta Fasha Sandha.

Sementara itu, Pierre bakal muncul dengan filem arahan terbarunya iaitu Aku, Kau dan Dia yang akan ditayangkan pada 28 Jun ini.

Menurut Pierre, filem itu begitu istimewa kerana memasukkan sedikit kisah dirinya yang pernah mengalami masalah cinta dengan orang yang tidak wujud.

"Sebanyak 30 peratus saya selitkan kisah 'cinta khayalan' yang pernah berlaku dalam diri saya dahulu. Apabila diolah skripnya dengan suntikan lakonan hebat seperti Zarina Jamalullail, Pekin dan Remy Ishak, filem berkonsepkan cinta ini berjaya dihasilkan dengan baik.

"Malah saya mendapat respons yang bagus daripada kalangan media dan rakan-rakan yang menonton pada tayangan perdana yang berlangsung baru-baru ini," katanya.

Antara barisan pelakon yang turut membarisi filem terbitan Tayangan Unggul ini ialah Harun Salim Bachik, Marissa Yasmin, Nash dan Haris (Idola Kecil).

iklan

Video

Jumaat, 28 November 2014 12:15 AM

Anak Doakan Nurul Wahab Dapat Bayi Kembar

Jumaat, 28 November 2014 12:00 AM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 4)

Khamis, 27 November 2014 2:11 PM

Syabu Dalam Ekzos Bernilai RM4.1 Juta Dirampas

Rabu, 26 November 2014 10:44 PM

Sejauh Mana Anda Tahu (Bahagian 3)

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan