Gelaran Juara ‘Versus’ Bukan Ukuran Kehebatan Hujan

Diterbitkan: Isnin, 18 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Hujan meraikan kejayaan juara pertandingan Versus bersama kelab peminat Raingers di sini, Ahad. - Foto oleh KIMBERLY YEO
Kumpulan Hujan meraikan kejayaan juara pertandingan Versus bersama kelab peminat Raingers di sini, Ahad. - Foto oleh KIMBERLY YEO

KUALA LUMPUR: Kumpulan Hujan berkata pencapaian sebagai juara program realiti Versus pada 1 Jun lalu bukan kayu ukur yang membuktikan kehebatan mereka dalam industri muzik tanah air.

Sebaliknya, pemain keyboard kumpulan itu, Hang Dimas Santoso atau Dimas berkata, kejayaan dalam pertandingan itu adalah permulaan dan motivasi untuk mereka mengorak langkah dalam bidang muzik yang diceburi sejak enam tahun lalu.

“Menjadi juara Versus adalah motivasi buat kami untuk bekerja keras dalam muzik. Hakikatnya, kami masih Hujan yang sama dan ia bukan ukuran bahawa kami sudah menjadi kumpulan muzik yang hebat selepas menjuarai pertandingan itu.

“Ramai lagi kumpulan lain seperti Search, Meet Uncle Hussain, Sixth Sense dan Sofazr yang lebih baik dan kami kagumi,” katanya kepada mStar Online di sini, Ahad.

Dimas dan tiga lagi anggota Hujan iaitu Noh (vokalis), AG Coco (gitar utama) dan Izzat (gitar bass) ditemui pada majlis kesyukuran bersempena kejayaan mereka di pentas akhir Versus.

Majlis kesyukuran yang bertempat di Restoran Rebung Bangsar di sini, dianjurkan pengurusan kumpulan terbabit Morning Rocket bersama 300 ahli kelab peminat Raingers.

Noh berkata, kejayaan dalam program itu adalah rezeki dan nasib yang memihak kepada mereka dan ia bukan ukuran sebenar kredibiliti sesebuah kumpulan muzik.

“Saya anggap ia (kejayaan) sebagai rezeki dan nasib kami kerana mendapat undian tertinggi pada malam akhir itu. Kumpulan-kumpulan lain lebih hebat sebenarnya,” katanya.

Ditanya pula mengenai perancangan kumpulan itu, Dimas berkata keutamaan akan diberikan kepada urusan promosi dan siri jelajah album terbaru berjudul Sang Enemy yang akan dilancarkan pada 21 Jun ini.

“Kami sedang merangka promosi dan siri jelajah untuk album terbaru Sang Enemy yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Kami hanya mahu menampilkan sesuatu yang segar kepada khalayak daripada masa ke semasa.

“Dengan wang kemenangan yang ada dapat juga melancarkan lagi urusan latihan dan promosi album itu. Kami juga akan melancarkan klip video bagi lagu Rumah Kita selepas ini. Semua ini akan berlaku selepas Hari Raya nanti,” katanya.

Pada malam kemuncak Versus yang disiarkan di TV9 pada 1 Jun lalu, Hujan mendapat undian tertinggi sebanyak 50.6 peratus mengatasi empat lagi kumpulan iaitu Go Gerila, Sofazr, Sixth Sense dan Black Parallax.

Mereka turut membawa pulang wang tunai RM200,000.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan