Saingan Hebat Separuh Akhir 2 BRTM 2012

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir. Foto SHAARI CHEMAT
Enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir. Foto SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Pertandingan Bintang RTM 2012 peringkat separuh akhir kedua sengit apabila enam peserta bertanding memberikan persaingan hebat dalam merebut tempat di peringkat akhir.

Juri jemputan BRTM 2012 iaitu Hazami berkata, seperti mana peserta pada separuh akhir 1, finalis minggu ini memberikan persembahan yang cukup baik.

Hazami bagaimanapun memberitahu itu tidak menjadikan kedudukan mereka selesa sebaliknya masih banyak ruang yang perlu diperbaiki.

"Macam salah seorang peserta iaitu Farhan, saya masih ingat beberapa minggu lalu suaranya agak berbeza namun persembahannya pada peringkat separuh akhir ini amat meyakinkan.

"Tidak ketinggalan beberapa peserta lain yang menunjukkan peningkatan yang ketara," ujarnya ketika ditemui selepas pertandingan di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini pada Sabtu.

Selain Hazami, dua lagi juri adalah Editor Hiburan akhbar Kosmo! iaitu Yusman Awang dan Adnan Abu Hassan.

Para peserta turut mendapat bimbingan daripada guru vokal terkenal iaitu Siti Hajar.

Enam peserta tersebut adalah Farhan, 16, Arie (23), Darren (20), Hafsyam (25), Shalina (16) dan Shazia (19).

Menampilkan Muaz sebagai pengacara, separuh akhir kedua ini menyaksikan para peserta perlu menyampaikan dua buah lagu secara medley.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dua artis jemputan iaitu Sabhi Sadhi yang menyampaikan lagu Nadiku dan Kilafairy dengan lagu Romance.

Sementara itu, tiada sebarang penyingkiran dilakukan oleh pihak produksi minggu ini dan ia hanya akan dilakukan pada minggu seterusnya iaitu pada 23 Jun depan.

Sebanyak empat finalis akan disingkirkan pada program itu nanti daripada 12 peserta yang bertanding.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan