Anak Lelaki Hugh Jackman Tidak Suka Bapanya Berlakon - Berita Hiburan | mStar

Anak Lelaki Hugh Jackman Tidak Suka Bapanya Berlakon

Diterbitkan: Ahad, 17 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hugh Jackman.
Hugh Jackman.

ANAK kepada pelakon popular, Hugh Jackman iaitu Oscar, 12, tidak gemar bapanya menjadi seorang pelakon dan selebriti terkenal.

"Dia tidak suka apabila ada orang datang kepada saya untuk bergambar atau minta tandatangan saya.

Dia tidak mahu orang lain mengenali ayahnya," ujar Jackman dalam satu temubual mengenai anaknya itu.

Bagaimanapun, Jackman berkata, anak perempuannya iaitu Ava yang baru berusia enam tahun berbangga dengan dirinya.

"Saya pernah terdengar perbualan Ava dengan rakannya dan memberitahu; 'Ayah saya adalah Wolverine'," katanya.

Aktor kelahiran Australia ini sememangnya terkenal dengan sifat penyayang terhadap anak-anak dan sering menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya begitu seronok menjadi ayah dan menghabiskan masa bersama mereka dan mereka menyambut kepulangan saya dengan pelukan.

"Hal itu mengingatkan betapa pentingnya kehadiran saya dalam hidup mereka," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan