Ebby Yus Enggan Tegur Sikap Biadap Pelawak Muda

Diterbitkan: Sabtu, 16 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ebby Yus
Ebby Yus

KUALA LUMPUR: Pelawak Ebby Yus mengambil pendekatan untuk tidak menegur sikap biadap segelintir pelawak baru terhadap artis lama walaupun dia berasa terkilan dengan keadaan itu.

Ebby Yus atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, berkata dia tidak mahu menegur sikap negatif tersebut kerana golongan itu sudah dewasa dan boleh berfikir sendiri mengenai tindak-tanduk mereka.

“Saya perhatikan ada segelintir pelawak muda yang bersikap biadap dan memandang remeh pada golongan artis lama kerana beranggapan mereka sudah hebat dan popular. Bagi saya, aspek adab dan tatasusila patut ada pada setiap individu.

“Ketika saya atau artis-artis senior lain baru mula bertapak dalam bidang seni dulu, kami sangat menghormati artis yang lebih senior daripada kami. Sayangnya, perkara itu tidak dimiliki segelintir artis muda.

“Tidak perlulah saya tegur mereka apabila bersikap begitu di depan orang lain kerana masing-masing sudah besar dan boleh berfikir sendiri,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Ditanya adakah sikap negatif artis pelapis itu berpunca daripada layanan dan keutamaan stesen televisyen dan penerbit yang 'memanjakan' mereka, Ebby Yus berkata dia menyedari perkara tersebut tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menyesuaikan diri dengan keadaan.

“Sikap dwistandard antara artis lama dan baru oleh stesen televisyen dan penerbit adalah lumrah dalam budaya dunia hiburan tanah air. Soal artis baru menjadi besar kepala kerana dimuakan bergantung kepada individu itu sendiri tetapi tidak semua bersikap begitu.

“Sebagai pelakon yang masih mencari rezeki dalam bidang ini, saya perlu menyesuaikan diri dengan keadaan, menjaga prestasi kerja dan bersaing secara sihat agar terus relevan dengan perkembangan dunia hiburan pada hari ini,” luahnya yang menceburi bidang seni sejak 1983.

Terbaru, Ebby Yus yang sedang terlibat dalam sesi rakaman Karoot Komedia X untuk Astro Warna berkata, pembabitan dalam program komedi muzikal itu tidak sukar kerana ia tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia yang disertainya sebelum ini.

“Komitmen dalam Karoot Komedia X tidak banyak berbeza daripada Karoot Komedia sebelum ini. Formatnya masih sama, cuma pada kali ini ia berskala lebih besar. Kami menggunakan skrip diberikan sebagai panduan kerana kebanyakan jenaka dilakukan secara spontan,” kongsinya.

Karoot Komedia X yang disiarkan sebanyak 12 episod itu turut menampilkan Johan (Raja Lawak), Jep (Sepahtu) dan Yus (Raja Lawak) sebagai pelakon utama.

Barisan artis jemputan pada setiap episod pula antaranya AR Badul, Didie Alias, Fouziah Gous, Nabil Ahmad, Tasha Shilla, Anzalna, Neelofa dan Marsha.

Ia ditayangkan bermula 8 Jun lalu pada setiap Jumaat pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan