Jada Pinkett Beri Nasihat Kahwin Kepada Miley Cyrus

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jada Pinkett Smith
Jada Pinkett Smith

JADA Pinkett Smith telah memberi nasihat kepada Miley Cyrus mengenai cabaran perkahwinan pada usia yang muda.

Menurut laporan Contactmusic, Jada menerusi kenyataannya dalam US Weekly memberi tip kepada Miley, 19, dan tunangnya, Liam Hemsworth, 22, agar perlu menjadi sahabat karib selain mencintai antara satu sama lain.

"Belajar mengenali pasangan kamu itu sebagai kawan, terutamanya apabila memulakan alam rumah tangga di usia muda.

"Hidup selama-lamanya adalah jangka masa yang terlalu lama, Memulakan kehidupan berumah tangga pada usia 19 tahun bukannya mudah. Bukannya nak kata ia sesuatu yang teruk, tetapi ia hanya satu peringatan.

"Perubahan hidup akan ada dan apa yang berlaku sekarang dan masa akan datang, tak akan sama. Yang penting, masing-masing perlu fleksibel dalam apa-apa hal sekalipun," katanya.

Bintang filem animasi Madagascar 3 ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 15 bersama aktor Will Smith pada 31 Disember lalu.

Jada dan Smith telah mula menjalinkan hubungan suami isteri ketika usianya 23 tahun dan mereka kini memiliki dua orang anak iaitu Willow Smith dan Jaden.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan