Anak Tom Cruise Takut Pada Kaki Russell Brand

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)
Suri Cruise
Suri Cruise

WASHINGTON: Aktor dan produser Tom Cruise mendedahkan bahawa anak perempuannya, Suri terpaku dan menangis ketika bertemu dengan pelawak Russell Brand buat kali pertama.

Bagaimanapun, reaksi spontan anak berusia enam tahun itu tiada kaitan dengan fesyen rambut atau pakaian Brand yang aneh itu.

Portal Daily Star melaporkan, Cruise berkata Suri takut apabila melihat kaki Brand yang tinggi lampai.

“Suri datang melawat saya di lokasi penggambaran filem di Miami. Ketika dia melihat Russell meluru ke arahnya buat kali pertama, Suri terus menangis. Dia takut melihat Russell.

“Dia tidak biasa dikelilingi oleh orang yang terlalu tinggi. Maksud saya, Russell mempunyai sepasang kaki yang tinggi lampai,” katanya seperti dipetik laman web Contactmusic.

Namun, Cruise turut mendedahkan bahawa anaknya itu kini menyayangi Brand kerana lelaki itu bijak membuat Suri ketawa dengan melakukan mimik muka yang lucu serta berkebolehan membuat lawak.

iklan

iklan

Iklan