14 Penyanyi Buat Persembahan Di 'Rooftop'

Diterbitkan: Jumaat, 15 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hafiz
Hafiz

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya, stesen televisyen ntv7 mengambil pendekatan baru dengan mengumpulkan seramai 14 penyanyi, mengadakan rakaman persembahan di atas bumbung menerusi program Rooftop.

Menurut penerbitnya, Khairul Anuar, Rooftop yang merupakan sebuah program berbentuk dokumentari itu adalah hasil inspirasi daripada konsert kumpulan The Beatles.

"Sebenarnya dokumentari profil artis dengan menyelitkan beberapa segmen temubual dan 'playback' persembahan sering dilakukan dalam mana-mana program hiburan beberapa tahun duahulu.

"Kami mengambil konsep tersebut dengan mengubah ke corak yang lebih baru dimana segmen persembahan nyanyian dirakamkan di atas bumbung bangunan, bagi menggambarkan kebebasan penyanyi berkenaan dalam menyampaikan persembahan masing-masing," katanya pada sidang akhbar Rooftop yang diadakan di Rooftop, Lot 10, di sini, Khamis.

Rooftop yang akan disiarkan setiap Khamis pukul 8.30 malam bermula 6 September depan mengetengahkan 14 bakat muda seperti Estranged, Projek Pistol, Aizat, bunkface, OAG, Liyana Fizi, Diandra Arjunaidi, Najwa Latif, Akim, Nawhki & Clan, Adira, Awi Rafael, Hafiz dan Azlan The Typewritter sepanjang 13 episod program itu.

Tambah Khairul, selain persembahan mantap para penyanyi, penonton turut dapat melihat panorama keindahan bangunan-bangunan di Kuala Lumpur.

"Persembahan di atas bumbung bangunan pasti memberi satu dimensi baru buat para penyanyi yang terlibat.

"Sebagai musim pertama, kami hanya memberi fokus pada sebuah lokasi sahaja iatu rakaman dibuat hanya di bunbung bangunan pusat membeli-belah Lot 10.

"Pada musim seterusnya, persembahan penyanyi yang dipilih mungkin akan dirakamkan di bumbung bangunan negeri kelahiran masing-masing. Semestinya latar belakang panoramanya juga berbeza," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan