Hazami Terbit Album Penuh Untuk Lebih Jimat

Diterbitkan: Khamis, 14 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hazami.
Hazami.

PETALING JAYA: Penyanyi Hazami tidak mahu meniru segelintir artis yang kerap mengeluarkan single sebaliknya mengambil pendekatan menerbitkan sebuah album penuh untuk para peminatnya.

Hazami berkata, cara itu lebih menjimatkan berbanding menerbitkan album single yang hanya mempunyai sebuah lagu kerana ia menelan kos lebih tinggi.

"Sebagai seorang yang mengeluarkan wang sendiri untuk kos penerbitan album, saya melihat penerbitan album single memerlukan kos yang agak tinggi berbanding menerbitkan album penuh.

"Bayangkan kos album single kira-kira RM20,000 dan jika seseorang artis itu mengeluarkan empat single dalam masa setahun ia sudah mencecah hampir RM100,000 tidak termasuk kos-kos lain.

"Bagi saya, mengeluarkan album penuh adalah lebih baik selain dapat memberikan kepuasan kepada peminat kerana ia tidak tertumpu kepada satu lagu sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Hazami, dia bukan mahu berkira dalam memberikan 'buah tangan' kepada para peminatnya tetapi memikirkan dari segi realiti industri hiburan yang agak lembap buat masa ini.

Dalam pada itu, Hazami berkata, dia bakal muncul dengan dua buah album selewat-lewatnya selepas Hari Raya Aidilfitri ini dan memberitahu cukup teruja dengan projek terbarunya itu.

Katanya, album terbaru berjudul ILUVU itu bakal menampilkan lapan buah lagu yang dicipta olehnya dengan kerjasama seorang komposer baru. Ia masih dalam proses akhir rakaman.

"Sebetulnya saya telah memulakan proses untuk album ini hampir lapan bulan yang lalu tetapi asyik tertangguh kerana tidak berpuas hati dengan hasilnya.

"Saya ingin memberikan yang terbaik buat para peminat supaya mereka tidak kecewa dengan hasilnya," kata Hazami.

Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut adalah Malam, Cinta Milik kita, Sonata Rindu, 24, Reach For Your Dream dan For Real.

Sementara itu, Hazami memberitahu dia juga dalam proses menyiapkan sebuah lagi album kerjasama dengan sebuah syarikat.

"Saya tidak boleh dedahkan mengenai album kerjasama itu tetapi ia bakal menjadi sebuah karya yang cukup istimewa dan berkemungkinan ia akan dilancarkan sekali gus dengan album ILUVU nanti," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan