Khir Rahman Takut Dihentam Penggiat Filem

Diterbitkan: Rabu, 13 Jun 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Khir Rahman. - Foto diambil daripada Facebook Khir.
Khir Rahman. - Foto diambil daripada Facebook Khir.

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon Khir Rahman bimbang "dihentam" oleh penggiat seni apabila mengarahkan filem kedua arahannya iaitu Pencinta.

Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman berkata, ini kerana Pencinta tidak langsung menunjukkan ciri-ciri karya bahasa seni filem yang sering diperjuangkannya, tetapi dia mencampurkan elemen komersial dan seni filem.

"Inilah kali pertama saya cuba lari sedikit daripada pendekatan metafora seni dalam filem. Masih lagi mengekalkan konsep seni, tetapi saya mengubah strategi pengarahan dengan menerapkan elemen komersial pula.

"Satu risiko besar buat saya kerana perlu bersiap sedia dengan kritikan yang bakal diterima daripada penggiat filem-filem seni seperti penulis skrip dan pengarah filem bebas, Hassan Abd Muthalib. Takut juga jika saya dihentam," katanya.

Ditanya adakah pendekatan baru itu digunakan bagi menebus kesilapan filem arahan pertamanya, ...Dalam Botol yang gagal mendapat sambutan penonton, Khir menafikannya kerana ia adalah karya yang menerima pujian daripada penggiat-penggiat filem.

"Walaupun gagal dalam panggung, namun ia adalah satu kejayaan buat diri saya. Malah penggiat-penggiat filem juga memuji hasil karya itu.

"Tapi nak buat macam mana,, filem sebegini jarang mendapat tarikan penonton. Sebab itu saya gunakan Pencinta untuk mendidik masyarakat tempatan memahami metafora seni filem sedikit demi sedikit," ujarnya.

Tambah Khir, ia bukan mudah baginya untuk menggabungkan elemen seni dan komersial dalam filem tersebut, namun dia menganggap ia antara cabaran yang harus dilalui terutamanya daripada segi keseimbangan plot cerita dan sinematografi.

"Saya harap, formula yang digunakan dapat mendidik masyarakat untuk memahami lebih mendalam tentang seni filem dan percaya Pencinta sebagai permulaan pertama untuk mengajar penonton.

Pencinta yang merupakan filem aksi romantik ini mengisahkan tentang cinta terlarang antara bekas ahli kongsi gelap, Amir (Johan) dan Aishah (Siti Saleha).

Percintaan Amir dan Aishah menjadi rumit apabila ibu bapa Aishah mahu dia berkahwin dengan Boy (Sein), seorang lelaki yang berlatarbelakangkan keluarga kaya.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan